assalammualaikum.. kali ni nak sambung part 2 kira-kira kos kerja2 membina tapak sudah selesai selepas ini kita akan pergi ke bahagian frame. Frame ni adalah elemen yang terpenting dalam membina ruma frame diibaratkan tulang dalam badan manusia . Frame bermaksud kerangka, dan terbahagi kepada column( tiang) dan beam (rasuk) . Pengiraan kali ni masih merujuk pada bentuk rumah dlm post part 1 boleh tgk blik post yg lepas
sila abaikan lukisan yg x ikut spec yg sebenar ni dan bkn 9.8m tp 4.8m shj (tersilap) ..saiz sume tu aku main hentam kromo.. jgn plak nnt buat rumah ikut size mmg kes naya nnt aku x bersalah ye.. lepas dh ade saiz dan boleh la dikira dan dimasuk kn dlm jadual seperti dibawah.. assume tinggi bangunan adalah 3m . Dalam jadual ini kita akan kira brape m3 concrete, formwork dan besi yg kita akan guna.. cara kira concrete m3 shj formwork adalah seperti dalam gambar, cara kira fomrwork column adalah dgn mengira perimeter dan di darab dengan tinggi column manakala formwork beam dengan mengira perimeter sisi tepi dan bawah dan darab dengan panjang beam. Untuk besi pengiraannye sgt rumit dan aku biasa kira satu2 besi yg ada dlm setiap structure dan nk tunjuk pon akan pening jd aku hnya bagi weightage sebagai rujukan dan boleh dijadikan rujukan utk beli besi.. tp x de la tepat 100% weightage yg aku gune untuk column adalah 140kg/m3 dan beam 120kg/m3 dan ia akan berbeza2 kalau salah harap maaf
jadi berdasarkan jadual diatas harga TOTAL frame adalah RM3,502.44 sahaja.. dan nk diigtkn sekali lgi.. ini hanya kiraan kasar dan rekabentuk hentam keromo.. mana ada rumah besar 30' x 30' ada 2 bilik hihi.. tp jln pengiraan serta formula boleh digunapakai.. adjust la ikut design rumah yg dikehendaki.. dan rate yg ada tu dh termasuk profit dan overhead 15% dan boleh digunakan cume tetapi untuk rujukan lebih baik sila ke laman web CIDB.. next post aku akan tunjukkan cara mngira dinding, pintu dan tingkap ..bye2
No comments:
Post a Comment