Translate

Wednesday, May 10, 2017

PROJEK CADANGAN TAMBAHAN DAN PERUBAHAN KEPADA RUMAH TERES 2 TINGKAT (MyDesign DONE)












PROPOSED KIOSK AT GIANT KOTA DAMANSARA (MyDesign)





Project Done 

Design Interior Rumah Kecil

Bagi mereka yang mendiami rumah bersaiz kecil sudah tentu penggunaan ruang perlu dimaksimakan sebaik mungkin. Susunan barang haruslah teratur dan tidak terlalu banyak menyimpan barang yang tidak perlu.

Tetapi bagaimana mencari ruang untuk menyimpan barang yang kecil selain dari menyimpannya didalam almari. Stor mungkin satu salah satu opsyen tetapi adakalanya agak leceh mengambil barang yang kerap digunakan. 

Untuk design interior rumah kecil lagi comel memerlukan kreativiti penggunaan binaan sedia-ada. Perhatikan pada binaan tangga dibawah.

Camperdown House
Photo by Henarise Pty Ltd - Discover home design design inspiration

Ia agak praktikal untuk mempunyai sebuah tangga ke tingkat atas sesebuah rumah bertingkat yang mampu menempatkan laci pada anak tangga tertentu. Mungkin tidak perlu membina laci pada setiap anak tangga, memadai untuk beberapa anak tangga di sepertiga tangga tersebut.

Idea ini memang mengujakan namun kos binaannya mungkin agak tinggi. 

Jadi, siapa kata untuk design interior rumah kecil tidak banyak yang dapat dilakukan, Ianya lebih kepada mencari sudut-sudut tertentu yang boleh diubahsuai untuk dijadikan tempat penyimpanan yang sesuai.

Selamat mencuba!

Membina Dinding Tingkat Atas | Minggu Ke-9

Tiang dah siap, apa lagi pesta ikat batu dimulakan. Kerja mengikat batu dilakukan oleh 9 orang pekerja dan mengambil masa seminggu.


Dinding bilik master juga dipecahkan supaya kerja-kerja membuang batu menjadi mudah.






Macam tembok penjara pun ada jugak. Bahagian tengah tu memang dibiarkan untuk memudahkan kerja menaikkan pasir dan batu.










 Nampak pelik sikit sebab bangunan belakang lebih tinggi 2 kaki dari lantai bawah dan lantai atas.



Bahagian bilik master telah siap diikat batu.  



Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-5

Kepuk-kepuk beam dibina menyusuri setiap dinding. Manakala papan plywood dipasang bagi melapik curahan simen untuk membina lantai atas.




 Tongkat-tongkat kayu dipacak bagi menyokong lantai atas dan beam.


Kerja-kerja kasar ini memakan masa yang panjang kerana setiap beam perlu dimasukkan besi yang diikat terlebih dahulu. Satu pasukan membina kepuk-kepuk beam manakala satu lagi pasukan membina besi konkrit.

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-7

Di minggu ke-7 kerja-kerja memasang besi bagi lantai slab masih diteruskan.  

Setiap penghujung besi dicangkukkan ke dinding bangunan asal bagi menjamin kekuatan.


Kerja-kerja mencangkuk dan mengikat besi sepertimana gambar di atas. 

Dapat dilihat dengan jelas dalam gambar di atas jaringan petak-petak kecil yang dibentuk dari rangkaian besi yang dihamparkan secara bersilang lalu diikat.  
Bahagian dinding bangunan utama diketuk sehingga menampakkan besi tetulang bagi tujuan mencangkuk besi yang baru.

Seterusnya, lori siput dipanggil untuk memuntahkan simen ke seluruh papan lantai slab dan beam.




Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-6

Kerja-kerja membina lantai slab diteruskan pada minggu ini. Satu jaringan besi dipasang dan diikat antara satu sama lain.


Perhatikan juga didalam gambar, dipasang corong saluran mangkuk tandas, paip saluran air mandian dan air sinki. Anda perlulah memberitahu tukang di mana corong-corong ini perlu diletakkan mengikut cita-rasa anda.
Bila simen dilepakan pada papan lantai slab dan telah mengering, corong ini akan membentuk satu lubang bulat. Kaedah ini lebih baik untuk memastikan tiada kebocoran lantai. 



Terdapat 6 orang pekerja yang begitu sibuk melakukan kerja pada peringkat ini.

Translate