Translate
Thursday, January 3, 2019
PELAN ARKITEK
LUKISAN PELAN
1. Pelan Lokasi (Location Plan)
Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.
2. Pelan Tapak (Site Plan)
Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina
3. Pelan Lantai (Floor Plan)
Menunjukkan ukuran bangunan keseluruhannya serta susun atur grid bagi rujukan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susun atur perabot. Petunjuk keratan A dan B ditunjukkan pada pelan lantai. Pelan tapak juga bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya
1. Pelan Lokasi (Location Plan)
Pelan lokasi memberi petunjuk kedudukan tapak cadangan pembinaan. Sempadan tanah bersebelahan, parit, jalan besar, jalan masuk, kawasan berumput, aras tanah.
2. Pelan Tapak (Site Plan)
Pelan yang memberi petunjuk dimensi, ukuran dan paras tapak sesuatu cadangan bangunan yang hendak dibina
Menunjukkan ukuran bangunan keseluruhannya serta susun atur grid bagi rujukan pembinaan. Pelan dilengkapi dengan susun atur perabot. Petunjuk keratan A dan B ditunjukkan pada pelan lantai. Pelan tapak juga bolehlah dikatakan seolah-olah bangunan itu dikerat ditengahnya dan dilihat dari atas. Tiap-tiap lukisan perlulah ada pelan untuk mengetahui keadaan didalam bangunan itu serta susunannya
LUKISAN PANDANGAN (Elevation)
Pandangan adalah untuk menunjukkan secara keseluruhan bagaimana rupanya bangunan itu
dipandang dengan mata kasar. Ia hanya memberikan gambaran di luar bangunan itu. Ia bolehlah
dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis akan memberikan dua dimensi
ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Bagi melukis pandangan
sesebuah bangunan, kaedah unjuran ortografik digunakan iaitu sesuatu arah pandangan bangunan
yang dilihat pada pelan lantai akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat
dengan bangunan itu.
Terdapat 3 jenis pandangan iaitu :
A. Pandangan Hadapan (Front Elevation)
B. Pandangan Belakang (Rear Elevation)
C. Pandangan Sisi (Side Elevation)
PLAN RUMAH 1 SET
Wednesday, January 2, 2019
Plan Structure@Struktur
Struktur boleh ditafsirkan sebagai anggota-anggota yang dipasang antara satu sama lain dengan penyambungan yang sesuai dan selamat bagi menghasilkan suatu kerangka yang berupaya menanggung beban yang dijangkakan.
KOMPONEN-KOMPONEN STRUKTUR
I. RASUK (BEAM)
Rasuk merupakan komponen mendatar yang menanggung beban-beban bumbung, lantai, dan dinding serta beban kenaan (live load). Ianya menahan beban secara mengatasi lenturan, ricih dan puntiran (Torsion). Kadang kala rasuk bertindak sebagai pengikat.
Jenis-Jenis rasuk
a) Rasuk Utama (Main Beam)
Merentangi di antara tiang-tiang dan mengagihkan beban kepada tiang. b) Rasuk Kedua (Secondary Beam) Merintangi di antara rasuk-rasuk utama dan mengagihkan beban kepada rasuk utama. Fungsi utama rasuk ini ialah untuk memendekkan jarak rentangan papak yang di sokong oleh sesuatu struktur atau menanggung beban sesuai dengan kehendak penggunaan struktur tersebut.
c) Rasuk pengikat (Tie Beam)
Rasuk yang merentangi antara tiang dengan tujuan mengikat kedua-dua tiang tersebut. Ini adalah untuk faktor kestabilan bagi struktur yang berkenaan.
d) Rasuk tepi (Edge Beam)
Berfungsi sebagai rasuk pengikat yang merintangi di antara tiang-tiang di sebelah luar.3.1.3 Rasuk direkabentuk berdasarkan kepada empat cara berikut:-
a) Rasuk tupang mudah
b) Rasuk Selanjar..
c) Rasuk julur.
d) Rasuk Kerangka
II. TANGGA (STAIRCASE)
Tangga merupakan papak condong rentang sehala berfungsi sebagai penghubung antara-satu tingkat ke satu tingkat yang lain.
Jenis-jenis tangga
a) Rentangan Lintang
Tangga ini amnya disusun untuk merentang antara dinding-dinding atau rasuk-rasuk tepi. Tetulang utama yang diperlukan biasanya mengandungi satu bar bagi satu anak tangga. Keluli agihan diletakan sepanjang larian tangga.
b) Rentangan memanjang
Tangga merentang antara penyokong-penyokong di atas dan di bawah larian. Penyokong ini samada rasuk, dinding atau papak pelantarnya.
3. UTILITAS BANGUNAN
Unsur-unsur utilitas bangunan :
KENYAMANAN, KESEHATAN, KESELAMATAN, KOMUNIKASI, dan MOBILITAS.
A. PERANCANGAN UTILITAS :
· PLAMBING dan SANITASI
· KELISTRIKAN / PENERANGAN
· Pencegahan Kebakaran · TATA UDARA / Ventilasi Mekanis
· KOMUNIKASI · TATA SUARA
· Transportasi (Horizontal dan Vertikal )
· SEKURITI
· Pembuangan Sampah
· Penangkal Petir
· Saluran Air Hujan (DRAINASE)
Istilah lain dalam UTILITAS bangunan :
· BUILDING SERVICE
· MECHANICAL ELEKTRIKAL PLUMBING (M.E.P) ARSITEKTUR – STRUKTUR KONSTRUKSI – UTILITAS merupakan satu kesatuan dalam pembangunan.
UTILITAS terdiri dari 3 komponen :
SUMBER
JARINGAN
KELUARAN / OUTLET
SUMBER : contoh : pompa air, pompa pemadam kebakaran
JARINGAN : contoh : kabel, saluran, ducting (ventilasi mekanis)
KELUARAN : contoh : AC, lampu , semua peralatan saniter
Subscribe to:
Posts (Atom)