Translate
Wednesday, February 13, 2019
Sistem Pembentungan | SEWERAGE
Sistem pembetungan dalam konteks pembinaan moden tediri daripada dua jenis yang utama iaitu:
a. Sistem pembetungan awam
b. Sistem pembetungan tangki najis.
a. Sistem pembetungan awam – Merupakan satu system paip utama pembetungan yang ditanam di dalam tanah selaria dengan jalan raya. Paip-paip ini disambungkan kepada loji pembersih pembetungan tempat kumbahan diproses menjadi baja. Pembinaan Dan penyenggaraan system pembetungan awam melibatkan pebelanjaan yang tinggi.
b. Sistem pembetungan tangki najis
1) Bagi tempat yang tidak mempunyai kemudahan pembetungan awam. Pembuangan
kumbahan dilakukan dengan menggunakan tangki najis secara berasingan atau berkumpulan. Dalam merancang kawasan perumahan yang baru, khasnya yang melibatkan bilangan unit rumah yang banyak, adalah digalakkan mengadakan tangki najis berkumpulan.
2) Sistem ini meliputi sambungan paip betung daripada rumah-rumah ke tangki najis utama. Prinsipnya hamper sama dengan pembetungan awam, kecuali ia adalah ‘sistem tertutup’ yang khas untuk kawasan perumahan berkenaan sahaja. Sistem ini biasanya dibawah jagaan dan penyenggaraan pihak berkuasa tempatan (PBT)
3) Tangki najis berasingan ialah hak tuan punya rumah. Biasanya ia dibina dibelakang rumah dan saiznya adalah mengikut bilangan penghuni rumah tersebut.
Jenis paip betung
1. Didapati pelbagai jenis paip betung yang diperbuat daripada bahan-bahan yang berlainan. Diantaranya ialah seperti berikut.
a. Paip tembikar bergerlis
b. Paip besi tuangan
2. Tiap-tiap jenis paip ini dibuat khas untuk digunakan dalam keadaan dan di tempat yang tertentu. Contohnya paip tembikar digunakan didalam tanah untuk menyalurkan kumbahan manakala paip besi tuangan sesuai digunakan sebagai paip tegak diatas tanah untuk menyalurkan kumbahan dari rumah ke bawah tanah.
3. Paip Betung boleh didapati dalam pelbagai bentuk, iaitu lurus, melengkung, bercabang dan menirus. Permukaan dalam bagi semua paip mestilah licin dan tidak retak supaya pengaliran air tidak teganggu setelah ia dipasang.
Paip tembikar bergerlis
1. Paip ini diperbuat daripada tanah liat dalam pelbagai bentuk seperti yang dikehendaki. Tanah liat yang telah dibentuk hendaklah dikeringkan sebelum dibakar dalam tanur. Pada permukaan dalam dan luar paip ini diberikan lapisan bergerlis supaya ia licin. Ia mempunyai satu hujung yang bersoket dan hujung yang satu lagi berbentuk spigot. Paip yang tidak bersoket juga boleh didapati. Diameter dalam paip biasa berbeza-beza dari 75mm hingga 900mm. panjang paip tidak termasuk soketnya, adalah juga berbeza dari 0.3 hingga 1.2 meter. Paip yang berdiameter dalam 100mm Dan 150mm adalah sesuai digunakan untuk pembetungan rumah kediaman.
2. Sambungan paip ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut jenis bahannya.
a. Bagi paip bersoket sambungannya dibuat dengan mortar simen dan gasket, atau kumai polyester dan gelang getah.
b. Bagi paip yang tidak bersoket, sambungannya dibuat dengan cara menyambung sarung (sleeve) dan gelang getah.
3. Sambungan mortar simen adalah sejenis sambungan tradisi yang telah lama digunakan untuk menyambungkan paip-paip tembikar. Kadar bancuhan mortar yang sesuai ialah 1:3 Dan seringkali ditambah 2% bahan kalis air.
4. Kaedah menyambungkan paip ini ialah dengan memasukkan bahagian spigot paip ke dalam soket paip. Pastikan kedua-dua paip itu bertemu dengan rapat. Gasket (tali guni) dimasukkan ke dalam bancuhan simen terlebih dahulu dililit pada paip itu dua atau tiga kali dan ditekan masuk dengan satu alat besi. Kemudian, mortar simen dimasukkan ke dalam sambungan sepenuhnya dan disiapkan tirus kemudian dilicinkan dengan sudip. Tujuan menggunakan gasket ialah untuk mencegah mortar daripada masuk ke dalam paip Dan menempatkan paip itu supaya selari. Sekiranya gasket tidak digunakan ia boleh mengakibatkan mortar terkeluar dari sambugan. Ini boleh menjejaskan keselarian kedua-dua paip, spigot dan soket.
5. Sambungan kumai polyester dan gelang getah adalah sejenis sambungan yang barua ditemui. Untuk menjamin sambungan soket dan spigot itu selari, kumai polyester (sejenis plastic) dimasukkan ke dalam soket dan spigot itu. Kemudian satu gelang geah diletakkan pada spigot dan ditekan masuk ke dalam soket semasa paip dipasang. Gelang getah itu menjamin sambungan yang kedap air.
6. sambungan sarung dan gelang getah digunakan untuk menyambung paip-paip yang tidak bersoket. Sarung ini diperbuat d aripada polipropilena (sejenis plastic) Dan mempunyai lurah di dalamnya. Untuk ditempatkan gelang getah yang berbentuk khas. Kaedah menyambung paip ialah dengan menekan hujung kedua-dua paip ke dalam sarung tersebut.
Paip Besi Tuangan
1. Paip jenis ini diperbuat daripada besi tuangan. Permukaannya dicat hitam dengan sejenis minyak bitumen untuk menentang karat berlaku pada paip tersebut. Paip besi tuangan sesuai digunakan sebagai paip tegak betung bagi bangunan bertingkat atau pemasangan paip-paip yang tidak ditanam di dalam tanah. Panjangnya berbeza-beza dari 0.9m hingga 2.74 m Dan diameternya dari 50mm hingga 230mm. paip melengkung berjajarian juga dibuat untuk kegunaan pada cabang atau persmpangan yang mempunyai darjah kelengkungan yang berlainan.
Jenis sambungan lengkung
Jenis sambungan tee
2. Sambungan bagi paip besi dilakukan dengan menggunakan plumbum cecair dan gasket. Gasket yang telah dimasukkan ke dalam cecair tar terlebih dahulu dililit pada hujung spigot dan ditekan masuk ke dalam soket. Tujuan gasket ialah mengelakkan plumbum cecair terkeluar dari sambungan. Kemudian plumbum cecair dituang masuk ke dalam soket dan diratakan.
SEWERAGE | LAYOUT PLAN | SECTION DETAILS
Pembetung sanitari
Pembetung sanitari ialah sejenis saluran pembetungan bawah tanah untuk membawa kumbahan dari kawasan kediaman atau industri ke loji rawatan kumbahan atau buangan. Di sesetengah tempat pembetungan rumah dan industri berbeza, dan berasngan pula dengan parit badai. Di sesetengah tempat lain pula, saluran pembetungan rumah dibezakan untuk sisa ringan dan sisa berat.
Contoh pembuangan sisa ringan ialah air mandi dan air basuhan, manakala sisa berat ialah sisa buangan air besar.
D.R. 15/93 AKTA PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN 1993
Drawing pelan rumah sesebuah
1.pelan pandangan kiri, kanan, depan & belakang..
2.pelan bumbung
3.keratan pelan
4.electrical
5.sanitry paip(paip)
6.kiraan ruang
7.kiraan cahaya
8.kiraan udara
9.detail loji
10.landskap
11.pagar
12.location
13.buat borang kelulusan arkitek
14.pelan bomba
15.pelan utk pegawai atasan majlis
16.pelan holdding(kepung keliling tanah pakai kontena semasa pembinaan)
17.site plan
18.sistem saluran hujan
19.papan tanda utk pembinaan.
20.detail utk semua dinding, tembok, bumbung, paip, loji, elektrik etc.
Monday, February 4, 2019
PANDUAN ASAS MEMBUAT LUKISAN PELAN
Sistem Penilaian Lukisan Pelan
Semasa membuat lukisan Pelan terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelukis pelan untuk menentukan setiap lukisan pelannya diterima mengikut peraturan yangditetapkan. Diantaranya ialah:-
a) Ketepatan
Setiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz, penggunaan unit dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis spesifikasi ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan pelan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.
b) Teknik melukis
Lukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol tertentu yang boleh digunakan bagi membantu untuk menghasilkan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak berserabut.
c) Kebersihan lukisan
Setiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian software untuk membuat lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelukis pelan.
d) Masa menyiapkan lukisan
Masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu seperti kemahiran menggunakan Autocad.
Semoga info ini memberi manfaat kepada tuan/puan.

Saturday, February 2, 2019
On Site Detention
Klick Link untuk Downloads MASMA :
Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) 1st Edition -JPS
Chapteer 5 On-Site Detention MASMA 2
Wednesday, January 30, 2019
KURSUS BASIC AUTOCAD 2017 & SKETCHUP PRO 2016 | BIL.1. 2019
TARIKH
22 – 24 JANUARI 2019
MASA
9.00pagi
– 5.00ptg
TEMPAT
MyArch
SDN. BHD. (1225602-W),
A-1-06, Block A, Jalan PJU 1A/3,Taipan Damansara 2,
Ara Damansara,
47500 Petaling Jaya, Selangor
Subscribe to:
Posts (Atom)