Translate

Monday, June 25, 2018

Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133): Halaman 2 dari 3

  • Seksyen
: 34(1) (2)
Peruntukan
: Mendirikan beranda atau khemah terbuka tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan
  • Seksyen
: 36(1)
Peruntukan
: Pihak berkuasa tempatan boleh memohon untuk penduduk memangkas pagar tumbuhan atau pokok yang bersempadanan dengan jalan awam supaya pagar tumbuhan tidak melebihi 7 kaki dari aras jalan dan mengenai pagar tumbuhan dalan lingkungan 15 ela sari suatu sudut tidak lebih 4 kakinya dari aras jalan.
  • Seksyen
: 39(1)
Peruntukan
: Membuat perubahan kepada turap, pagar atau tiang di mana-mana jalan awam tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan.
Denda
: Denda tidak melebihi lima ratus ringgit
  • Seksyen
: 39(2)
Peruntukan
: Merosakkan, menyebabkan atau membenarkan apa-apa kerosakan dilakukan kepada mana-mana jalan, siar kaki, kaki lima, kerja atau harta kepunyaan majlis.
Denda
: Denda tidak melebihi satu ribu ringgit
  • Seksyen
: 40(1)
Peruntukan
: Memasang atau merentang apa-apa garis susur, sesalur, paip, konduit atau talian elektrik di sepanjang, menerusi atau melintasi di atas atau di bawah mana-mana jalan tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis.
Denda
: Denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan pihak berkuasa tempatan boleh mengalih garis susur, sesalur, paip, konkrit atau talian elekrik atas belanja orang itu menurut subseksyen 40 (2).
  • Seksyen
: 42(1)
Peruntukan
: Tidak dibenarkan meletakkan apa-apa bahan binaan atau membuat sesuatu lubang di mana-mana jalan atau lorong belakang tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan.





Klick Link ini untuk Sambungan,

Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) | Halaman 1 dari 3
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) | Halaman 2 dari 3
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) | Halaman 3 dari 3

No comments:

Post a Comment

Translate