Translate

Tuesday, September 11, 2018

My Project 15








Bahan Binaan |

Bahan Binaan

Berikut adalah senarai bahan-bahan binaan asas yang utama dalam pembikinan rumah ini :
Juga disertakan kos per unitnya

Kerja-kerja konkrit
  • Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/bag
  • Bata simen - RM0.21 satu
  • Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Pasir kasar - RM 40 satu ela
  • Pasir halus - RM 45 satu ela
  • Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
  • Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sebatang
  • Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sebatang
  • Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sebatang
  • Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
  • Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
  • Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
  • Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
  • Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
  • U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
  • Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
  • Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
  • Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
  • Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
  • Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
  • Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
  • Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
  • Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
  • Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
  • Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
  • Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
  • Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
  • Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
  • Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
  • Skru atap - RM 35 sekotak
  • L bracket - RM 1.50 satu
  • Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
  • Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
  • Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
  • Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
  • Wheel barrow - RM 70 satu
  • Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
  • Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
  • Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
  • Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
  • Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
  • Tanah merah - RM 25 satu ela
  • Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
  • Beli barang - RM 80081
  • Upah pekerja - RM 44370
  • Ukur tanah - RM 350
  • Bersih tapak rumah -RM 1750
  • Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
  • Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
  • Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
  • Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
  • Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801 
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199
Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah tapi dah ada budget hentam saja lah.

Harap maklum harga bahan binaan ini adalah pada harga semasa dipasaran Pulau Pinang pada bulan Mei - November 2010Mungkin harga semasa sekarang sudah berubah.

Kos Bina Rumah Part 3 : Roof , wall & Finishes


assalammualaikum
ok nk habis kn cerita pasal buat rumah.. walaupun x berapa sihat tp x nk dh simpan cerita ni.. nnt x habis2 plak duk simpan je dlm draft post yg lepas dh selesai part wblff dgn frame kali ni tntg roof dan finishes..

cara mengira roof ni ada 2 satu detail dan satu lgi lump sum iaitu kira overall je... tp better kira satu2.. tp sgt2 rumit sbnrnye dan aku x de contoh structure tuk bumbung nk bg kira.. dlm structure bumbung ada purlin, rafter, batten , joist , roof cover.. boleh tgk gmbr dkt bawah ni.. yg ni jenis timber structure tp skrg byk gune steel structure dan utk pricing ni aku akan bg harga steel structure dan roof tile
untuk mengira steel structure ni hanya kira cover area m2 dan untuk roof tile korg kene kira ikut theorem pythgoras kalau x reti google aje hihi.. roof tile ni cover bhgian mendatar segi tiga .. jd cari total m2.. dri plan asal ada 8 keping permukaan yg sama bentuk. utk mngira wall pula caranya kira length center to center dan darab dgn ketinggian wall. Dinding dibahagi kepada luar dan dlm sbb memudahkan utk mengira finishes .. dpm ambil semula panjang dinding dan darab dgn ketinggian dpm 1.5 .. manakala plaster & paint setiap permukaan dinding. untuk floor finishes ada 2 element iaitu plaster dan tile cara kira m2 shj sama sperti ceiling m2

setelah dpt semua kuantiti baru la hargakan seperti dibawah jadi total buat rumah dlm 84k shj dan ni x termasuk wiring electrical, plumbing dan sanitary finishes anggaran kalau termasuk sume2 tu dlm 95k .. siap dh rumah mampu milik yg sderhana .. nk murah boleh kene kecik kn size rumah la hihi.. nk mahal tukar harga pintu, tingkap, tile, tmbh sanitary dan pilih finishes mahal dh mcm rumh harga 300k tu tp harga range 150k kalau bkn tnh sendiri just tmbh harga tnh.. harga tnh beza2 ikut tmpt..
jadi harga ni boleh la dijadikn panduan nk buat rumah nnt.. harga2 ni dh termasuk profit dan upah pekerja ye..mungkin lepas gst ni ada lah naik skit.. tp x de la lari smpi 200k.

ok dh selesai, kalau ade rezeki nnt nk cite lg bab bina rumah ~~ bye

p/s boleh tgk post yg lepas

Kos Bina Rumah part 2 : Frame


assalammualaikum.. kali ni nak sambung part 2 kira-kira kos kerja2 membina tapak sudah selesai selepas ini kita akan pergi ke bahagian frame. Frame ni adalah elemen yang terpenting dalam membina ruma frame diibaratkan tulang dalam badan manusia . Frame bermaksud kerangka, dan terbahagi kepada column( tiang) dan beam (rasuk) . Pengiraan kali ni masih merujuk pada bentuk rumah dlm post part 1 boleh tgk blik post yg lepas
sila abaikan lukisan yg x ikut spec yg sebenar ni dan bkn 9.8m tp 4.8m shj (tersilap) ..saiz sume tu aku main hentam kromo.. jgn plak nnt buat rumah ikut size mmg kes naya nnt aku x bersalah ye..  lepas dh ade saiz dan boleh la dikira dan dimasuk kn dlm jadual seperti dibawah.. assume tinggi bangunan adalah 3m . Dalam jadual ini kita akan kira brape m3 concrete, formwork dan besi yg kita akan guna.. cara kira concrete m3 shj formwork adalah seperti dalam gambar, cara kira fomrwork column adalah dgn mengira perimeter dan di darab dengan tinggi column manakala formwork beam dengan mengira perimeter sisi tepi dan bawah dan darab dengan panjang beam. Untuk besi pengiraannye sgt rumit dan aku biasa kira satu2 besi yg ada dlm setiap structure dan nk tunjuk pon akan pening jd aku hnya bagi weightage sebagai rujukan dan boleh dijadikan rujukan utk beli besi.. tp x de la tepat 100% weightage yg aku gune untuk column adalah 140kg/m3 dan beam 120kg/m3 dan ia akan berbeza2 kalau salah harap maaf



jadi berdasarkan jadual diatas harga TOTAL frame adalah RM3,502.44 sahaja.. dan nk diigtkn sekali lgi.. ini hanya kiraan kasar dan rekabentuk hentam keromo.. mana ada rumah besar 30' x 30' ada 2 bilik hihi.. tp jln pengiraan serta formula boleh digunapakai.. adjust la ikut design rumah yg dikehendaki.. dan rate yg ada tu dh termasuk profit dan overhead 15% dan boleh digunakan cume tetapi untuk rujukan lebih baik sila ke laman web CIDB.. next post aku akan tunjukkan cara mngira dinding, pintu dan tingkap ..bye2

Kos Bina Rumah part 1: WBLFF

Kos Bina Rumah part 1: WBLFF

Assalammualaikum... entry ni dh lama aku karang tp msih nk touch up sikit sbb nk berkongi ilmu dengan orang mesti la betul kn..insyaallah betul cume mngkin ni asas je yg aku kongsi kot detail pening plak nnt.. aku pon bkn la terer sgt tp aku sebagai qs nk la kongsi sikit ilmu tentang budget nk buat rumah.. seperti yg semua sedia maklum rumah sekarang harga nya ya ampun nk intai2 pon sakit jantung dibuatnye lg2 rumah area berpotensi tinggi pasaranye usah cakap la hampir cecah jutaan itu pon semi D bukannya banglo..  jd sesiapa yg ada tanah elok la bina rumah sendri sama ada utk diri sendri atau disewakan . Untuk membina sebuah rumah yg pertama sekali adalah budget , dalam kira2 budget apa yang kita perlukan adalah saiz dan bentuk rumah. Selepas itu baru la kita boleh budget. Budget ni penting supaya end cost kita masih dlm range yg kita mahukan..

Budget ni korang boleh asing kepada dua iaitu substructure dengan supersubstructure dimana substructure ini adalah foundation : asas sesebuah rumah

substructure ni pula terbahagi kpd , piling (cerucuk), column stump (yg ni x tau dlm bm sila google hihi) , pad/strip foundation ,ground beam, dan ground slab ( lantai).. dan ada lgi yg detail2 seperti gmbr kt bawah ni

supersubstructure pulak adalah elemen bangunan atas tanah sperti wall (dinding), column (tiang), beam (rasuk), roof beam (rasuk bumbung) rafter(kasau kot hihi) roof tile (penutup bumbung) roof accessories, finishes (cat , jubin, siling), tingkap, pintu dan lain2 

untuk contoh pengiraan budget aku amik contoh sebiji rumah setingkat bentuk 4 segi 10m x 10m (30kaki x 30kaki kot aku fail kaki2 ni hihi) yg ni adalah besar rumah teres tu ..cume bilik 2 je mls nk design rumah sbb aku qs bkn architect hihihi (haha gile besar rumah ni) 

untuk post kali ni aku akan terangkan kerja2 bawah aras tanah (work below lowest floor finish) mungkin ramai yang x tau QS akan kira secara teramat2 la teliti. untuk element Work Below Lowest Floor Finish (WBLFF) ni terbahagi kepada excavate, extra over excavate in rock(kalau ada) , removing material lay dpm ,bliding dan filing hardcore (ni item2 minor untuk kerja2 kecil shj)

ni contoh plan..hehe maaf x cantik .. pkai paint je.. nk cari yg rekabentuk yg mudah x de plak kt pakcik google so buat la sndri .. untuk step pengiraan kita amik center to center maksudnye amik kiraan jalur merah kalau dekat plan dinding tu amik tengah2 .. gmbr atas tu sila abai ye sbb lukis tanpa ikut ukuran hehe jd anggap je selepas dikira akan jd mcm di bwah ni:

WBLFF
mula kita akan belajar kira kuantiti dahulu kita assume mengikut gmbr kt bwh (maaf buruk hihi) dan bkn 9.8m tapi 4.8m 

jadi kita buat table mcm dlm gambar nk nk dpt kn kuantiti bg 3 item excavate, blinding, dpm , concrete, formwork, rebar dan brc . Cara mengira exavation adalah secara m3 hanya perlu mendapatkan panjang, lebar dan dalam .Manakala blinding pula hanya perlu mendapatkan keluasan dan mendarabkan dgn ketebalan blinding yg biasanya 100mm. DPM adalah satu bahan telap air dan cara kiranya adalah keluasan shj. Concrete jln pengiraan hampir sama dengan excation dan cara kira formwork untuk slab hanya la disekeliling shj manakala untuk beam hanya dikedua belah sisi beam. Untuk besi pengiraannye sgt rumit dan aku biasa kira satu2 besi yg ada dlm setiap structure dan nk tunjuk pon akan pening jd aku hnya bagi weightage sebagai rujukan dan boleh dijadikan rujukan utk beli besi.. tp x de la tepat 100% weightage yg aku gune untuk element wblff adalah 150kg/m3 .. utk slab lebih kurg 20kg/m3 dan ia akan berbeza2 kalau salah harap maaf dan juga bergantung pada jurutera. BRC adalah besi kotak2 nnt google ye.. brc ni kira m2 shj.. dan dalam slab ada 2 lapisan brc
dan seterusnya dalam table kita dh dapat apa yang kite perlukan dan boleh keluarkan satu lagi table pricing itu menghargakan



harga2 diatas berubah ikut harga pasaran. jadi harga untuk WBLFF adalah RM 8270.53 bagi keluasan rumah 20m x 20m inilah harga kebiasaan kontraktor. tetapi sperti aku guna nk ubah suai rumah kt kg.. kami biasa upah orang kampung je.. dan harga tidak lari jauh tetapi sekiranya kontraktor memerlukan jentolak harga akan menjadi lebih tinggi kerana kontraktor kampung x de alatan jentolak jd kene sewa jentolak sehari range harga dalam RM400-600 itu hanya harga bagi excavation dan remove shj jd TOTAL kerja2 akan menjadi RM 9470.53 sekiranya sewa jentolak RM600 sehari utk 2 hari (lg luas kwsn rumah lagi byk hari diperlukan).. ok habis cerita ini pon pnjg menjela belum masuk yg kecil2 tu ..k penat bye2


p/s: DPM adalah material telap air halang air meresap dlm bngnn, hardcore adlh lapisan batu kerikil dan blinding adalah lapisan concrete ..kalau x phm sila google >.<  .. ok next post adalah frame

Translate