Translate

Sunday, November 18, 2018

JUMLAH & KADAR DENDA YANG AKAN DIKENAKAN JIKA MELANGGAR PERATURAN UBAHSUAI

Berapakah jumlah denda yang perlu dibayar atas kesalahan ubahsuai rumah? Berapakah jumlah denda saya kena bayar atas kesalahan ubahsuai rumah? Jumlah denda adalah tertakluk kepada undang2 bangunan yang dikuatkuasakan oleh Majlis Bandaran. Secara ringkas, jumlah denda yang dikenakan ialah; 

1. 10 kali ganda dari bayaran yuran proses pelan Denda ini dikenakan kepada rumah yang diubahsuai sebelum mendapat kelulusan dari pihak majlis. Sebagai contoh, jika yuran proses pelan ialah RM150, maka denda yang perlu dibayar ialah RM1500. 

2. 20 kali ganda dari bayaran yuran proses pelan Denda ini dikenakan kepada rumah yang diubahsuai selepas mendapat kelulusan dari pihak majlis, tetapi ubahsuai dibina melencung dari pelan lulus serta melebihi had anjakan yang dibenarkan. Sebagai contoh, jika yuran proses pelan ialah RM150, maka denda yang perlu dibayar ialah RM3000. 

3. 20 kali ganda dan 10 kali ganda dari bayaran yuran proses pelan Denda ini boleh dikenakan kepada rumah yang diubahsuai sebelum mendapat kelulusan dari pihak majlis dan ubahsuai dibina melebihi had anjakan yang dibenarkan. Sebagai contoh, jika yuran proses pelan ialah RM150, maka denda yang perlu dibayar ialah RM4500. 

Bolehkah saya membuat rayuan untuk kurangkan denda?

 Mengikut pengalaman saya, anda boleh membuat rayuan tetapi peluang untuk mendapat diskaun denda amat tipis. Ini adalah kerana pihak majlis telah memberi kelonggaran kepada anda untuk mengekalkan binaan yang telah dibuat tanpa perlu merobohkan binaan tersebut! Jadi bayarlah saja denda dan bersyukurlah rumah anda tidak dirobohkan! 

Nota penting! Kadar denda mungkin tidak sama antara pihak majlis di daerah anda, jadi sila semak dengan Majlis Bandaran daerah anda


KERATAN AKHBAR

(artikel ini dikongsikan di dalam berita harian metro 1 March 2014)



Translate