Translate

Wednesday, May 10, 2017

BINAAN RUMAH (Secara Ringkasan Sahaja)

1.      Lokasi diterima bagi kerja binaan rumah
Buat masa ini, pihak kami hanya menerima kerja binaan di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja. Pihak kami tidak mempunyai kemudahan logistik untuk melakukan kerja diluar kawasan tersebut. 
2.      Harga bagi kerja binaan yang dilakukan
Pihak kami akan memberi sebutharga kepada pelanggan selepas perbincangan pertama secara bersemuka. Harga yang diberi kepada pelanggan dalam perbualan telefon atau menerusi email hanyalah anggaran sahaja.
Untuk memberi sebutharga yang tepat, pihak kami perlu melihat pelan bagi rumah yang ingin dibina terlebih dahulu serta lokasi bagi kerja binaan tersebut.  
3.      Tidak mempunyai pelan tetapi ingin mengetahui harga bagi anggaran bajet
Sekiranya pihak pelanggan tidak mempunyai pelan, pihak kami masih boleh memberi bajet secara kasar kepada pelanggan kami dengan mendapat gambaran kasar luas rumah yang ingin dibina serta material yang ingin digunakan. 
4.      Membuat pelan bagi pelanggan yang tiada pelan rumah
Bagi pelanggan yang tidak mempunyai pelan. pihak kami boleh membantu untuk mendapatkan pelan rumah, hubungi pihak kami dan kami akan bantu mengikut konsep yang dimahukan serta bajet pelanggan kami. Bagi sebarang kerja binaan rumah, pelan rumah adalah penting, ini kerana sekiranya tiada pelan, kerja binaan tidak boleh dijalankan.  
Pelan rumah terbahagi kepada 3 jenis iaitu pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan struktur.
5.      Apa itu pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan struktur
Pelan Lakaran

Pelan lakaran atau schematic drawing adalah pelan konsep yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan untuk di tunjuk kepada pelanggan. Lukisan tersebut dalam bentuk pandangan atas dan dalam bentuk 3dimensi bergantung kepada permintaan pelanggan. Pihak kami akan membawa pelan lakaran tersebut untuk dibincang bersama pelanggan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ingin dilakukan.
Pelan Arkitek

Pelan arkitek atau architectural drawing adalah pelan yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan setelah pelan lakaran yang dibincang bersama pelanggan telah dipersetujui. Pelan tersebut akan disahkan oleh seorang arkitek proffesional (mengikut keperluan). Sekiranya terdapat lagi perubahan yang ingin dilakukan setelah pelan arkitek dikeluarkan, kos untuk membuat perubahan di dalam pelan tersebut adalah tinggi, oleh itu pelanggan dinasihatkan supaya berbincang dan meneliti pelan lakaran terlebih dahulu  bersama kami sebelum pelan arkitek dikeluarkan.
Pelan Struktur
Pelan struktur akan dikeluarkan setelah pelan arkitek siap. Pelan struktur adalah pelan yang diperlukan oleh kontraktor (pihak kami) untuk membuat struktur rumah. Pelan struktur tersebut akan disahkan oleh seorang jurutera professional (sekiranya ia dikeluarkan oleh pihak konsultan, contoh pelan struktur di bawah). 
6.      Kos bagi mendapatkan pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan strukur
Kos bagi pelan tersebut adalah bergantung kepada keluasan binaan yang ingin dibina dan juga konsep rumah yang diinginkan pelanggan. Sebagai rujukan, bagi rumah berkeluasan dalam 3000kps, kos bagi mengeluarkan pelan-pelan tersebut adalah dalam lingkungan RM 6000.00 (harga tidak termasuk dengan urusan untuk mendapatkan kelulusan pelan dengan Majlis Daerah).
Harga tersebut adalah harga yang dikenakan oleh pihak konsultan, pihak kami tidak mengambil sebarang keuntungan dalam urusan tersebut kerana ini hanyalah servis yang kami sediakan kepada pelanggan kami.
7.      Kelulusan pelan binaan rumah dari Majlis Daerah/Perbandaran
Bagi mendapatkan kelulusan pelan dari pihak Majlis, pihak konsultan kami boleh membantu menyelesaikannya. Pihak kami tidak membuat urusan bagi mendapatkan kelulusan, ini kerana pihak Majlis hanya membenarkan pihak konsultan untuk membuat urusan tersebut.
Terdapat banyak jabatan yang perlu dilalui sebelum surat kelulusan dikeluarkan (melalui sehingga 13 jabatan bagi sesetengah Majlis), ini menyebabkan kos adalah tinggi dan juga mengambil masa yang lama sebelum mendapat kelulusan. 
Bagi pelanggan yang ingin membuat pinjaman perumahan dari pihak bank ataupun kerajaan dan ingin memiliki rumah persendirian mempunyai CF, prosedur ini perlu dilakukan. (Bagi pelanggan yang memiliki status tanah pertanian, proses penukaran status tanah perlu dilakukan terlebih dahulu)
*****Nota : Kelulusan Saya tidak buat, tanggungjawab anda untuk menguruskan.
8.      Membuat pinjaman perumahan bagi membina rumah persendirian
Bagi membuat pinjaman perumahan untuk binaan rumah persendirian, penyediaan pelan rumah serta kelulusan dari pihak Majlis adalah perlu.
Pihak bank/pembiaya memerlukan dokumen-dokumen tersebut serta sebutharga (dalam bentuk bill of quantity (BQ)) dari pihak kontraktor, evaluation report dari juruukur bahan (quantity surveyor/QS) dokumen kontrak diantara kontraktor dan pelanggan serta profail syarikat kontraktor. Pihak kami boleh membantu pelanggan untuk menyediakan dokumen kontrak serta sebut harga untuk di hantar kepada pihak bank. sekiranya pihak bank memerluka laporan QS, pelan perlu disiapkan terlebih dahulu (bayaran plaporan QS perlu dijelaskan oleh pelanggan) Sekiranya tiada lagi pelan dan kelulusan pelan belum dilakukan, pihak kami juga boleh membantu.
9.      Membuat pinjaman peribadi bagi pembinaan rumah persendirian
Bagi pelanggan yang menggunakan pinjaman peribadi untuk binaan rumah, kelulusan pelan tidak perlu dilakukan terlebih dahulu kerana bagi pinjaman peribadi, pihak bank tidak memerlukan sebarang pengesahan untuk kelulusan pelan.   
10.  Harga bagi urusan pelan terlalu tinggi, apa yang boleh dilakukan?
Sememangya, ramai pelanggan kami didalam dilema yang sama kerana harga bagi urusan pelan adalah terlalu tinggi. Adalah tidak berbaloi untuk membina rumah yang berharga RM 150 000.00 tetapi bayaran bagi urusan pelan beserta kelulusan mencecah RM20 000.00. 
Sekiranya kediaman yang ingin dibina di dalam kawasan perkampungan dan pihak pelanggan ingin membuat rumah menggunakan pinjaman peribadi atau menggunakan wang simpanan dan tidak kisah sekiranya rumah tersebut tidak memiliki CF kerana hanya berniat untuk diduduki dan bukan untuk dijual, serta tidak berniat untuk menginsurankan rumah tersebut, urusan bagi pelan tersebut boleh diabaikan.
Dengan itu pihak pelanggan hanya perlu menyediakan pelan arkitek tanpa perlu pengesahan dari arkitek bertauliah (AR) dan pihak kami boleh membantu menyediakan pelan struktur untuk binaan tersebut (bagi rumah setingkat bersaiz kurang 2000kps sahaja dan ia bukan pelan yang disahkan oleh jurutera profesional). Kos bagi pelan arkitek dari pelukis pelan hanyalah RM 2000.00 bagi sebuah rumah berkeluasan 2000kps (harga berdasarkan pelukis pelan lantikkan kami).
Pihak kami menyarankan untuk pembinaan rumah 2 tingkat atau rumah berkeluasan lebih 2000kps perlu mendapatkan pelan arkitek dan struktur yang sah. 
11.  Jika mahukan kelulusan pelan tetapi tidak mahu mengeluarkan kos yang banyak?
Terdapat cara yang boleh diguna pakai untuk mendapatkan pelan kelulusan tetapi dengan kos yang rendah.
Pihak pelanggan boleh menanyakan pada pihak PBT kaki persegi minima yang dibenarkan untuk tidak menghantar bagi mendapatkan CF, jika tidak melibatkan CF dan hanya melibatkan kelulusan pelan mengikut kaki persegi minima, kos kelulusan adalah lebih rendah (pastikan tanah milik anda telah siap infrastruktur, milik sendiri dan bukan tanah pertanian, jika tidak ia memakan masa dan kos yang tinggi).. 
Tetapi selalunya syarat pihak bank bagi membuat pinjaman memerlukan CF rumah. Jika ia melibatkan CF, pelukis pelan/ konsultan tetap mengenakan caj standard.. 
12.  Struktur binaan yang digunakan
Struktur binaan yang kami gunakan adalah konkrit bertetulang atau "reinforced concrete". Rumah akan dibina struktur konkrit terlebih dahulu sehingga siap sebelum kerja mengikat bata dijalankan.
Pihak kami tidak mengikat bata terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja binaan struktur rasuk atas kecuali atas sebab-sebab tertentu atau permintaan dari pelanggan untuk menjimatkan kos. ini bagi memastikan bata tidak menampung beban stuktur atas dan juga beban bumbung yang mengakibatkan berlaku keretakan pada bata akibat dari beban berlebihan (membina struktur terlebih dahulu juga akan memberi binaan bagi rasuk atas yang kemas - lihat gambar di beri). 


Bagi gred konkrit, pihak kami menggunakan G25 (bergantung kepada keperluan struktur) tetapi untuk konkrit yang dibancuh ditapak, pihak kami membuat bancuhan bagi G28 sebagai langkah berjaga-jaga supaya konrit yang dituang mencapai gred minima yang dimahukan iaitu G25.  

3 comments:

  1. Salam.... Pls cal 0192404630
    Wan Abd Rashid... Perlu plan arkitek & kontraktor... Shah Alam
    Tkaseh

    ReplyDelete
  2. Salam please whatsapp 0102136443,nak pelan arkitek & engineer structure drawing.PBT Hulu Selangor.Thank you

    ReplyDelete
  3. Salam, mohon whatsapp 0173441979, perlu plan arkitek dan kontraktor, banglo Bangi. Terima kasih.

    ReplyDelete

Translate