Translate

Friday, February 15, 2019

Kos Perkhidmatan Pihak Majlis Untuk Kelulusan Ubahsuai Rumah

NOTE: *** Rujuk Majlis 

Berapakah bayaran yang dikenakan oleh pihak majlis untuk proses kelulusan pelan ubahsuai rumah?
Setiap majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan agak berbeza kos bayaran memproses pelan ubahsuai rumah. Di sini saya akan bincangkan kos perkhidmatan memproses kelulusan pelan ubahsuai rumah di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Setelah anda melantik akitek/perunding dan pelan telah siap untuk dikemukakan ke pihak majlis, anda perlu sediakan sejumlah wang untuk membayar khidmat memproses pelan oleh MBSA dan deposit perkhidmatan tong sampah sisa binaan (tong roro) oleh Alam Flora. Wang anda akan digunakan untuk membayar;

a. Bil proses pelan ubahsuai rumah (bergantung pada keluasan tambahan rumah)
Anggaran bil ini adalah antara RM150 hingga RM300. Jumlah bil ini adalah tertakluk kepada keluasan tambahan/ubahsuai rumah. Pelan yang dikemukakan akan disemak keluasannya dan bil akan dikeluarkan setelah pengesahan ke atas pelan dilakukan oleh pegawai/juruteknik bertugas. Biasanya akitek/perunding anda akan membuat temujanji awal bersama pegawai 'in-charge' kawasan/seksyen perumahan anda untuk semakan draf plan dan membuat kiraan bil. Ini memudahkan anda menyediakan wang untuk pembayaran bil proses pelan.

b. Bil permit letak bahan binaan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM324 serta tidak boleh dituntut semula.

c. Bil deposit pelan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM500. Ia adalah sebagai cagaran kepada pelan rumah anda untuk memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut kelulusan dan garispanduan yang ditetapkan. Anda boleh menuntut semula cagaran pelan ini setelah rumah anda siap dibina.

d. Bil deposit permit bahan binaan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM200. Ia adalah sebagai cagaran kepada kerja-kerja ubahsuai dan tempat letak bahan binaan yang dibenarkan oleh pihak majlis berhampiran rumah anda. Anda boleh menuntut semula cagaran permit bahan binaan ini setelah rumah anda siap dibina dan sisa bahan binaan dibersihkan.

Bayaran Deposit Tong RORO Alamflora
Alamflora telah dilantik oleh MBSA sebagai kontraktor pembekal tong roro, jadi anda perlu menyediakan deposit sebanyak RM1000 untuk perkhidmatan/sewaan tong roro. Alamflora akan memotong sebanyak RM270 untuk sekali penggunaan/sewa tong roro termasuk kos hantar dan ambil sisa bahan binaan.
Jika anda menggunakan 2 kali perkhidmatan tong roro, maka kosnya adalah RM540 dan baki RM460 boleh dituntut semula setelah rumah siap dibina dan dibersihkan dari sisa bahan binaan.

Bagaimana untuk membuat tuntutan semula deposit pelan MBSA dan Alamflora?

Tuntutan deposit pelan dan permit MBSA (Jumlah RM700)
- Ambil borang 'claim deposit' di kaunter 1, Jabatan Bangunan MBSA, tingkat 8
- isi dan sediakan semua salinan dokumen seperti yang diminta dalam borang tersebut
- hantar semua dokumen yang diminta bersama borang ke kaunter yang sama
- pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda. Ini untuk memudahkan anda 'follow-up' proses tuntutan cagaran tersebut.
- jika tiada masalah, dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, anda akan terima surat dari MBSA untuk mengambil cek wang cagaran anda. Suka dimaklumkan bahawa MBSA akan membuat lawatan ke rumah anda untuk membuat pemeriksaan tapak sebagai prosedur meluluskan tuntutan cagaran anda.

Tuntutan baki deposit dari Alamflora.
- isi borang tuntutan baki yang telah diberi semasa bayaran awal
- bawa resit bayaran dan borang ke pejabat Alamflora di seksyen 7, Shah Alam, alamatnya ada di resit anda
- kemukakan semua dokumen/borang/resit berkaitan di kaunter
- pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda untuk membuat 'follow-up' proses tuntutan baki cagaran tersebut.

Bolehkah Ubahsuai Rumah Sebelum Dapat Kelulusan?


Tidak boleh! Walaupun anda nak buat kenduri kahwin bulan depan! Kenapa?

Kerana akan berlaku masalah yang pasti akan menyusahkan anda seperti;

a. Dari segi undang2, anda akan disaman & didenda berkali ganda oleh MBSA; 10 atau 20 kali ganda bergantung kepada keluasan tambahan rumah

b. Dari sudut hubungan anda dengan jiran, sudah tentu anda akan menjadi buah mulut & tidak disenangi oleh jiran kerana melanggar undang2 ubahsuai & mungkin berlaku perselisihan dengan jiran. Sanggupkah anda hidup dibenci oleh masyarakat?

Jalan yang terbaik ialah, sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum anda mengubahsuai rumah, cari & lantik akitek atau perunding yang akan menguruskan segala2nya bagi pihak anda sehingga mendapat kelulusan pelan. Anda hanya sediakan duit dan relax sahaja!

Berapa lama nak tunggu pelan lulus? 

1 hari sahaja! Ya, untuk ubahsuai rumah kediaman, pihak MBSA memberi tempoh 1 hari kelulusan; dengan syarat semua dokumen yang diminta adalah lengkap dan pelan yang dikemukakan tepat & selaras dengan garispanduan ubahsuai yang dibenarkan MBSA. Pelan yang dikemukakan pada awal pagi akan melalui proses semakan/pengesahan & diluluskan disebelah petang atau esok hari.

Apa perlu dibuat untuk dapatkan kelulusan pelan 1 hari? 

Saya beri contoh seperti dibawah;-

a. Akitek/perunding yang anda lantik menyediakan rekabentuk pelan kasar untuk semakan anda (anggaran tempoh 7 hari penyediaan pelan rekabentuk)

b. Pelan sebenar disediakan setelah rekabentuk dipersetujui & disahkan oleh anda
(anggaran tempoh 14 hari penyediaan pelan sebenar bersaiz A1)

c. Anda tandatangani pelan & serahkan dokumen & cek bayaran untuk MBSA kepada akitek/perunding

d. Akitek/perunding kemukakan pelan/dokumen ke Jabatan Bangunan MBSA awal pagi Isnin, 9.00am

e. MBSA memproses pelan/dokumen dan mengeluarkan bil untuk khidmat proses pelan/deposit

f. Semua bil dibayar dan salinan resit dikemukakan kembali ke Jabatan Bangunan. 

g. Antara jam 4 hingga 5 petang Isnin, pelan lulus dikeluarkan MBSA & diambil oleh akitek/perunding untuk diserahkan kepada anda

Apa Perlu Dibuat Sebelum Ubahsuai Rumah?

Di sini di berikan beberapa tips ringkas perkara yang perlu anda lakukan sebelum membuat ubahsuai rumah anda.

a. Hubungi pihak majlis daerah kawasan anda dan buat temujanji dengan Juruteknik atau Pegawai yang bertugas menjaga kawasan atau seksyen. Anda boleh lihat direktori telefon dan menelefon pihak majlis untuk buat temujanji. Atau layari lamanweb majlis.

b. Sebelum anda ke Majlis, bawa dokumen untuk rujukan seperti salinan perjanjian jualbeli rumah/CF/cukai pintu/gambar rumah.

c. Catitkan senarai soalan yang anda ingin tanya di atas kertas

d. Jumpa pegawai yang telah menerima temujanji anda dan berbincang lebih lanjut.

e. Tanyakan dengan lanjut apa yang dibenarkan & yang tidak dibenarkan.

f. Mencari & melantik kontraktor binaan yang berpengalaman & bertanggungjawab.

g. Melantik akitek atau perunding yang berpengalaman untuk membuat pelan ubahsuai rumah anda dan mengemukakannya ke MBSA sehingga mendapat kelulusan.

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang akan timbul setelah anda berjumpa dengan pihak majlis.

Pengudaraan Semulajadi - Kediaman mesra alam


Rumah moden perlu ambil kira reka bentuk, pengaliran udara elak panas


REKA bentuk kebanyakan rumah moden kini dibina secara tertutup. Keperluan bukaan tingkap dan lubang angin tidak diambil kira, sebaliknya penggunaan pendingin hawa lebih diambil kira. Kekerapan penggunaan alat berkenaan menyebabkan pergantungan terhadap pencahayaan, sekali gus meningkatkan bil elektrik, sumber tenaga dan seterusnya pemanasan global. Justeru, bagaimana boleh diklasifikasikan sebagai sebuah kediaman berupaya menyelamatkan bumi? Ia sepatutnya dibina daripada bahan binaan jimat tenaga selain menawarkan reka bentuk yang mengambil kira faktor menjimat tenaga terutama menonjolkan aliran udara dan pencahayaan semula jadi.


Ciri kediaman mesra alam

Rumah berciri mesra alam membenarkan pengaliran udara secukupnya untuk tujuan ventilasi. Hasilnya, udara sejuk dihasilkan sekali gus mengurangkan kesan kelembapan.

Masalah utama dihadapi penduduk di negara beriklim tropika adalah suhu yang tinggi, pancaran terik dan silau sinaran matahari di samping kadar kelembapan tinggi. Masalah ini semakin buruk ditambah suhu dikeluarkan oleh badan manusia itu sendiri.

Reka bentuk pengaliran udara 

Pengaliran udara bermaksud penggantian udara dalaman yang panas dengan yang sejuk dari luar. Ada tiga cara pergerakan udara atau angin iaitu;

Pengaliran udara semula jadi
       - berlaku tiupan angin
       - perbezaan suhu

Pengaliran udara tidak semula jadi
       - Peralatan elektrik seperti kipas angin dan penyaman udara

Selain itu, untuk memaksimumkan potensi angin bagi pengudaraan, aliran pengudaraan perlu berlaku dalam bangunan bagi memperoleh pengaliran yang baik, perlu;

Membina bukaan pada sisi bangunan

Binaan banyak bukaan terutama tingkap adalah cara terbaik mendapatkan pengaliran udara. Bukaan lebih daripada satu dengan posisi secara berdepan akan menghasilkan pengudaraan silang.

Bagi membolehkan lebih banyak angin memasuki ruang dalam rumah menerusi bahagian sisi, maka bina banyak bukaan di bahagian itu. Jika matahari terik sepanjang hari dan menyebabkan satu sisi rumah panas, maka bahagian buka tingkap atau pintu di sisi yang lain untuk membawa masuk udara segar.


Membina bukaan pada atas bangunan

Selain untuk pengudaraan, bukaan atas dinding juga berfungsi sebagai lubang cahaya. Bagi menghindari kemasukan haiwan dan serangga, maka tutup ia dengan kawat berjaring.

Angin adalah udara yang bergerak. Pergerakan udara berlaku daripada tempat bertekanan tinggi menuju tekanan rendah. Justeru, baik sekiranya reka letak bukaan dinding dan lubang angin diperhatikan fungsinya. Jika fungsinya untuk mengalirkan udara panas keluar, maka lubang angin patut ditempatkan di bahagian atas. Misalnya, menempatkan lubang udara dalam bilik air berguna bagi mengalirkan udara panas akibat penggunaan air mandian panas.

Bumbung kecil terangkat

Pengaliran udara juga boleh dilakukan menerusi binaan seperti bumbung kecil terangkat. Caranya, bina satu bumbung kecil di atas bumbung sedia ada. Binaan seumpamanya mengelakkan udara panas dalam rumah terperangkap, sebaliknya udara baru akan masuk melalui binaan tingkap sedia ada.

Pengaliran udara mekanikal

Pengaliran udara secara mekanikal dilakukan dengan memasang alat pengaliran udara turbin. Ia berfungsi dengan cara turbin berpusing ditiup angin, maka lalu menyedut udara panas dari dalam dan membuangnya keluar. Sekiranya tiada berlaku aliran atau tiupan angin, udara panas juga akan memusing turbin yang disebabkan oleh kesan tindihan udara.
Sumber: Berita harian oleh Hamidon Abdullah

UKBS 1984 (Bahagian VI : KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN)

93. Bagi maksud-maksud Undang-Undang Kecil ini-

(a) dinding-dinding hendaklah disifatkan sebagai dibahagikan kepada panjang-panjang yang berbeza oleh dinding balik apabila diikat antara satu dengan lain;
(b) panjang sesuatu dinding hendaklah diukur daripada pusat ke pusat-
(i) dinding silang yang terikat kepadanya; atau
(ii) tembok sambutnya yang mempunyai dimensi diukur selari dengan panjang dinding itu tidak kurang daripada dua kali ganda tebal dinding itu dan satu dimensi diukur pada sudut tegak ke dinding itu tidak kurang daripada tiga kali ganda tebal dinding itu.

94. Dinding yang dibina daripada bata bakar atau daripada bata simen 115 milimeter tebal dan dinding daripada blok konkrit yang tidak kurang daripada 100 milimeter tebal boleh digunakan bagi kedua-dua dinding bawa beban dalam dan dinding bawa beban luar dengan syarat dinding-dinding itu direkabentuk mengikut undang-undang kecil 80.

95. Dalam semua hal di mana kerja batu-bata 115 milimeter tebal atau blok konkrit tuang dahulu 100 milimeter tebal digunakan bagi dinding panel luar, dinding tersebut hendaklah dipasang dengan sempurna kepada kerangka konkrit tetulang itu.
Bagi maksud undang-undang kecil ini ungkapan "dipasang dengan sempurna kepada kerangka konkrit tetulang" ertinya mengikat panel dinding itu kepada tiang konkrit tetulang dengan ikatan logam tidak kurang daripada 14 tolok dan 40 milimeter lebar, dibina sekurang-kurangnya 230 milimeter ke dalam kerja batu-bata itu dengan jarak tegak tidak lebih daripada 400 milimeter. Semua ikatan logam hendaklah dipasang teguh kepada tiang itu.

96. Tiap-tiap dinding sekat tak bawa be ban hendaklah ditahan atau disagang dengan secukupnya.

97. Tiada apa-apa kayu seperti gelegar, Tasuk, tutup tiang, beroti genting dan pelancar boleh dibina ke dalam tebal sesuatu dinding dua pihak melainkan jika terdapat tidak kurang daripada 100 dua milimeter kerja batu-bata atau simen di antara kayu-kayu itu.


98. Pagar atau tembok kepada sempadan hart a yang terpisah lain daripada sempadan yang bersempadanan dengan jalan atau lorong belakang hendaklah dibina hingga tinggi maksimum 1.8 meter bagi pagar atau tembok pejal dan hingga tinggi maksimum 2.7 meter bagi pagar yang dibina sedemikian rupa yang membenarkan laluan cahaya dan udara.

106. (1) Bagi sesuatu tangga, tinggi sesuatu anak tangga itu hendaklah tidak lebih daripada 180 milimeter dan jejaknya tidak kurang daripada 255 milimeter dan dimensi-dimensi ketinggiannya dan jejaknya tangga yang dipilih hendaklah seragam dan bersamaan seluruhnya.
(2) Lebar sesuatu tangga hendaklah mengikut undang-undang kecil 168.
(3) Lanjar pelantar hendaklah tidak kurang daripada lebar anak tangga itu.

107. (1) Kecuali bagi tangga yang mempunyai kurang daripada 4 tetingkat, semua tangga hendaklah disediakan dengan sekurang-kurangnya satu susur tangan.
(2) Tangga yang lebarnya lebih daripada 2200 milimeter hendaklah disediakan dengan susur tangan tengah bagi setiap 2200 milimeter daripada lebar yang dikehendaki itu dan mempunyai jarak yang hampir-hampir sarna.
(3) Bagi bangunan lain daripada bangunan kediaman, susur tangan hendaklah diadakan pada setiap sisi tang'ga itu jika lebar tangga itu adalah 1100 milimeter atau lebih.
(4) Semua susur tangan hendaklah mengunjur tidak lebih daripada 100 milimeter daripada permukaan dinding kemas dan hendaklah ditempatkan tidak kurang daripada 825 milimeter dantidak lebih daripada 900 milimeter diukur daripada anjur jejak tangga dengan syarat bahawa susur tangan bagi pelantar hendaklah tidak kurang daripada 900 milimeter daripada paras pelantar itu.

108. (1) Bagi bangunan kediaman, suatu pelantar yang tidak kurang daripada 915 milimeter lanjurannya hendaklah diadakan bagi tangga pada jarak-jarak tegak yang tidak lebih daripada 4.25 meter dan bagi tangga-tangga dalam semua bangunan lain hendaklah tidak lebih daripada enam belas tetingkat di antara setiap pelantar itu.
(2) Tiada mana-mana bahagian dalam sesuatu larian mana-mana tangga boleh mempunyai kurang daripada dua tetingkat.

109. (1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Bahagian VII dan VIII Undang-Undang Kecil ini tangga keliling boleh dibenarkan sebagai tangga kedua dalam bangunan di mana tingkat paling atas sekali adalah tidak lebih daripada 12.2 meter tinggi.
(2) Tangga pilin boleh dibenarkan jika ia tidak digunakan sebagai jalan keluar yang dikehendaki.

110. (1) Maka hendaklah tidak ada apa-apa halangan pada sesuatu tangga di antara yang paling tinggi sekali dengan tempat keluar di tingkat bawah.
(2) Maka hendaklah tidak ada apa-apa unjuran, selain daripada susur tangan pada tangga-tangga, dalam sesuatu koridor, laluan atau tangga pada paras yang rendah daripada 2.0 meter di atas lantai atau di atas sesuatu tangga.

111. Semua tangga hendaklah diterangi dan diganti udara dengan sempurna mengikut kehendak-kehendak Dato Bandar.

112. Bagi sesuatu kedai, larian sesuatu tangga yang mempunyai akses terus daripada jalan hendaklah dikepung dengan dinding daripada bahan tak boleh terbakar.

113. (1) Tangga-tangga kayu boleh dibenarkan bagi jenis-jenis bangunan berikut yang tidak lebih daripada tiga tingkat tingginya:
(a) bangunan kediaman berasingan;
(b) bangunan kediaman berkembar;
(c) rumah teres;
(d) di tingkat atas rumah kedai lain daripada tingkat bawah ke tingkat pertama dengan syarat bahawa ia ditempatkan dalam kawasan terlindung bagi segenap tingginya; dan
(e) bangunan jenis serupa yang lain yang risiko kebakarannya terhad mengikut budi bicara Dato Bandar
(2) Semua tangga lain hendaklah mempunyai kadar ketahanan api yang tidak kurang daripada 2 jam.
Anda mungkin juga meminati:
  • UKBS 1984 (Bahagian II : PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN)
  • UKBS 1984 (Bahagian III : RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN)
  • UKBS 1984 (Bahagian I : Permulaan)

UKBS 1984 (Bahagian II : PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN)

4.
(I) Semua pelan bangunan yang dikemukakan kepada Dato Bandar untuk diluluskan, sebagai lambahan kepada kehendak-kehendak seksyen 70 Akla, hendaklah-

(a) dideposilkan di pejabal Dato Bandar bersama dengan fee yang ditetapkan basi pengertliI'kaan pelan-pelan itu mengikut Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini;
(b) mengandungi sualu pernyalaan yang menunjukkan maksud bangunan yang dikemukakan pelannya itu hendak didiri dan digunakan;
(c) mengandungi perakuan orang-orang berkelayakan itu bersama dengan Borang A sebagaimana dinyalakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang baginya mereka masing-masing bertanggungjawab; dan
(d) dilampirkan bersama-samanya sualu salinan bersetem pelan lapak yang relevan yang diluluskan olch Dato Bandar dan diperakukan dalam masa dua belas bulan kalendar sebelum tarikh pelan-pelan bangunan itu didepositkan, melainkan jika selainnya dikecualikan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan perancangan.

(2) Tiap-tiap pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah dikemukakan oleh orang berkelayakan.

5.
(1) Dato Bandar, jika pada pendapatnya sesuatu pelan, lukisan atau kiraan itu adalah di luar kekompetenan orang berkelayakan yang mengemukakannya, boleh mengembalikan pelan, lukisan atau kiraan itu.
(2) Datuk Bandar hendaklah menerima mana-mana pelan, lukisan atau kiraan yang telah dikembalikan jika pelan, lukisan atau kiraan itu dikemukakan semula bersama dengan suatu perakuan daripada pihak berkuasa berkenaan yang bertanggungjawab bagi pendaftaran orang yang berelayakan itu, memperakuai bahawa pelan, llukisan atau kiraan itu adalah di dalam kekompetan orang berkelayakan yang mengemukakannya.

6. Jika di bawah Undang-Undang Kecil ini sesualu pelan.lukisan alau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang berkelayakan. tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan waiar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda. mengikut mana berkenaan, bangunan itu.

7. Semua pelan yang dikemukakan hendaklah ditandatangani oleh orang berkelayakan dan oleh pemunya atau ejennya dan hendaklah mengandungi alamat penuh pemunya itu.

8.
(1) Orang berkelayakan yang mengemukakan pelan-pelan itu hendaklah bertanggungjawab atas pelaksanaan wajar semua kerja dan hendaklah terns bertanggungjawab sedemikian sehingga kerja-kerja itu siap melainkan-

(a) dengan persetujuan Dato Bandar orang berkelayakan lain dilantik unluk mengambil alih; atau
(b) Dato Bandar bersetuju menerima penarikan balik alau pengganliannya atas permintaan pemunya dengan syaral bahawa pembinaan bangunan itu belum lagi bermula.

(2) Jika Dato Bandar bersetuju menerima penarikan balik atau penggantian orang berkelayakan di bawah perenggan (1) (b) kerja-kerja itu tidak boleh dimulakan sehingga orang berkelayakan lain dilanlik untuk mengambil alih.

(3) Jika mana-mana orang berkelayakan yang telah mengemukakan apa-apa pelan, lukisan atau kiraan berkenaan dengan sesuatu bangunan telah mati atau menjadi bank rap atau tidak boleh dijumpai atau pendaftarannya telah dipotong daripada daftar atau o.leh apa-apa sebab lain telah berhenti daripada
menjalankan amalannya, maka pemunya atau penduduk itu hendaklah dengan seberapa segera yang praktik melantik orang berkelayakan yang lain Ia1tuk bertindak bagi pihaknya dan untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi kepada Dato Bandar mengenai keadaan itu, dan kerja-kerja tidak akan diteruskan atau disambung sehingga seorang berkelayakan yang lain telah dilantik untuk mengambil alih.

9.
(1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh Dato Bandar.
(2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat alas linen atau bahan lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan satu set lagi, hendaklah disimpan oleh Dato Bandar dan set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan.
(3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan sebab atau sebab-sebab ia tidak diluluskan.
(4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan bahawa dengan berbuat demikian kerja Dato Bandar boleh dipercepatkan.

10.
(1) Semua pel an hendaklah dilukiskan mengikut skel-skel berikut:
(a) Pelan tapak – tidak kurang daripada 1: 1000
(b) Pelan-pelan punca atau tempat – apa-apa skel yang sesuai
(c) Semua pelan angunan am yang lain – tidak kurang daripada 1:100 kecuali dalam hal-hal tertentu di mana saiz bangunan itu menyebabkan lukisan mengikut skel ini tidak praktik dimuatkan dalam had kertas itu atau apabila ukuran lukisan tidak sesuai, pihak berkuasa tempatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan pelan-peln itu dikemukakan mengikut skel yahng lebih kecil tetapi bagaimanapun skel itu tidak boleh kurang daripada 1: 200.
(d) Pelan lakar untuk tidak kurang daripada 1:200 diluluskan pada dasarnya.

(2) semua pelan hendaklah dilukiskan dalam Sistem Unit Antarabangsa.

11.
(1) Semua pelan berkenaan dengan sesuatu bangunan hendaklah, melainkan tidak berkenaan, mengandungi yang berikut:

(a) suatu pelan tapak yang menunjukkan-
(i) tapak lot bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan nombor lot dan nombor seksyennya;
(ii) jalan masuk ke tapak itu dan jalan dan nama jalan itu;
(iii) jaraknya daripada tengah dan tepi jalan yang ditunjukkan dengan terang atas salah satu daripada pelan-pelan itu;
(iv) dimensi lot itu;
(v) garisan-garisan lengkap bagi saliran air permukaan dan air kotor dan takat kadar alir parit-parit yang dicadangkan itu;
(vi) skel, titik Utara dan nombor-nombor lot atau bangunan yang bersampingan;
(vii) dimensi kelegaan di antara bangunan yang dicadangkan itu dengan sempadan-sempadan;
(viii) semua garis pelarasan tanah atau bangunan yang dicadangkan untuk membaikkan jalan, sungai atau saliran dan yang seumpamanya, jika berkenaan, menunjukkan lebar jalan baharu atau jalan baharu yang dicadangkan itu serta sambungannya dengan jalan awam yang berhampiran sekali;
(ix) paras tanah tapak yang sedia ada dan yang dicadangkan.

(b) suatu pelan lantai bagi tiap-tiap tingkat kecuali apabila tingkat-tingkat lain itu adalah bersamaan atau serupa, yang mengandungi maklumat berikut-
(i) dimensi berangka mengenai panjang dan lebar bangunan itu dan bilik-biliknya dan ketebalan dinding-dindingnya;
(ii) dimensi berangka mengenai ruang buka semua pintu dan tingkap, kawasan ruang udara yang mendapat cahaya matahari, kawasan belakang dan ruang-ruang terbuka bangunan itu;
(iii) dimensi berangka di antara dinding-dinding, tembok-tembok sam but dan tiang-tiang besi di atas pelan asas tapak bangunan itu;
(iv) garisan salinan kekal tapak itu dengan anak-anak panah yang menunjukkan arab alirannya, parit-parit yang ke dalamnya ia disalur keluar dan sail parit-parit itu;
(v) nama dan kegunaan bilik-bilik.

(c) muka-muka keratan lintang, membujur dan muka-muka keratan lain untuk menggambarkan dengan nyata binaan bangunan itu dan menunjukkan-
(i) paras tanah yang sedia ada dan paras tanah baharu yang dicadangkan jika paras tapak itu hendak ditinggi at au direndahkan;
(ii) paras jalan, parit isi jalan dan jalali kaki lima (jika bangunan itu bersempadanan dengan jalan);
(iii) lebar dan dalamnya asas tapak dan ketebalan dinding, dinding sekat dan lantainya;
(iv) tingginya tingkat, tangga, pintu, tingkap dan lubang pengudaraannya;
(v) sail, tempat letak dan arab gelegar lantai dan rasuk dan binaan bumbungnya; dan
(vi) bahan-bahan yang hendak digunakan dalam pembinaan struktur itu.

(d) tampak depan, belakang dan sisi yang menunjukkan-
(i) paras lorong jalan kaki, jalan kaki lima, jalan yang bersampingan dan paras bahagian sarna yang dicadangkan;
(ii) sebahagian daripada tampak bangunan bersampingan yang sedia ada menunjukkan paras lantai, kepala tembok utama, parapet dan tinggi berandanya;
(iii) bahan-bahan yang dicadangkan untuk dinding, tingkap dan bumbung, jika berkenaan dan boleh dilihat.

(2) Orang berkelayakan atau pemunya atau penduduk itu, mengikut mana yang berkenaan, hendaklah memberi pihak Dato Bandar apa-apa maklumat tambahan sebagaimana dikehendaki oleh Dato Bandar.

(3) Semua pelan hendaklah sarna ada dicetak dengan terang dan tidak boleh dipadam atau dilukis dengan warna hitam dan bahan-bahan yang berlainan ditunjukkan dengan warna-warna tertentu dan semua struktur yang sedia acta ditunjukkan dengan warna neutral.

12.
(1) Dato Bandar boleh walaupun ia masih belum meluluskan apa-apa pelan, lukisan atau kiraan mengenai bangunan lersebut, membenarkan pembinaan bangunan atau jenis bangunan sedemikian jika orang berkelayakan yang mengemukakan pelan, lukisan atau kiraan itu mematuhi undang-undang kecil 4 dan memperakui bahawa pembinaan itu tidak akan melanggar perunlukan-perunlukan Akta alau Undang-Undang Kecil ini.

(2) Pemberian sesuatu kebenaran di bawah perenggan (1) tidak boleh melucutkan kuasa Dato Bandar untuk memberi araban bertuJis mengenai bangunan itu.

13.
(I) Dalam pelan-pelan yang dikemukakan bagi membuat tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan, termasuk memecah bahagi bilik-bilik, bahagian-bahagian bangunan itu, jika ada, yang hendak dimusnahkan hendaklah ditunjukkan dengan garisan bertitik dan kerja-kerja baharu hendaklah sarna ada diwarnakan dengan warna merah atau hitam keseluruhannya.
(2) Semua parit air permukaan atau air kotor, tangga, tingkap dan pintu dan semua tubing cahaya din pengudaraan bangunan itu yang sedia ada hendaklah ditunjukkan atas pelan-pelan tersebut.

14. Jika dikehendaki oleh Dato Bandar pelan-pelan yang dikemukakan untuk diluluskan hendaklah disertakan dengan spesifikasi semua bahan yang dicadang hendak digunakan.

15.
(1) Satu salinan pelan-pelan struktur yang lengkap bagi bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan satu salinan yang bolch dibaca mcngcnai kiraan-kiraan strukturnya hendaklah dikcmukakan scbclum pembinaan dimulakan.
(2) Tiap-tiap pe1an struktur yang lengkap hendaklah dibuat di atas kertas dan tiap-tiap salinan hendaklah mengandungi perakuan yang dibuat oleh orang berkelayakan scperti dalam Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang bennaksud bahawa butir-butir itu adalah mengikut Undang-Undang Kecil ini dan orang yang mengemukakannya bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya.
(3) Semua pelan struktur hendaklah ditanda dengan terang untuk menunjukkan beban guna yang setiap sistem lantai atau setiap bahagian telah direkabentuk.

16. Walau apa pun peruntukan perenggan (2) undang-undang kecil 15 Dato Bandar boleh memeriksa mana-mana pelan atau kiraan struktur dan dalam berbuat demikian boleh menolak mana-mana pelan atau kiraan struktur yang tidak mengikut Undang-Undang Kecil ini dan jika ia menolak pelan atau kiraan tersebut ia boleh menghendaki orang berkelayakan itu mengemukakan semula pelan atau kiraan struktur baharu berkenaan dengan bahagian yang ditolak itu.

17.
(1) Pelan-pelan lakar boleh dikemukakan bagi pembinaan kecil, perubahan dan tambahan kecil sebagai ganti pelan yang di\uluskan dan permit boleh dikeluarkan sebagai kebenaran untuk menjalankan kerja sedemikian jika pelan-pelan itu mematuhi kehendak-kehendak Undang-Undang Kecil ini, dengan syarat bahawa jika pad a pendapat Dato Bandar kerja-kerja yang terlibat itu menghendaki pengemukaan pelan-pelan bangunan yang biasa, maka pelan-pelan itu hendaklah dikemukakan mengikut Undang-Undang Kecil ini.
(2) Permit botch dikeluarkan mengikut apa-apa terma dan syarat sebagaimana difikirkan patut oleh Dato Bandar bagi mendirikan apa-apa pagar yang memasuki kawasan lorong jalan kaki.
Anda mungkin juga meminati:
  • UKBS 1984 (Bahagian I : Permulaan)
  • UKBS 1984 (Bahagian VI : KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN)
  • Keperluan Rekabentuk Bangunan
  • UKBS 1984 (Bahagian III : RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN)

UKBS 1984 (Bahagian I : Permulaan)

3.0 Tafsiran


"arkitek" ertinya seseorang yang didaftarkan sebagai arkitek dibawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan pendaftaran arkitek, dan yang dibenarkan di bawah undang-undang itu menjalankan amalan dan urusan sebagai seorangarkitek;

"asas" berhubungan dengan sesuatu dinding atau tembok sambut ertinya-

(a) sebelah bawah lapisan yang terletak sebaik sahaja di alas alas, jika ada, atau dalam hal sesuatu dinding yang disangga oleh rasuk, di at as rasuk itu; dan
(b) mengenai apa-apa hallain, bahagial) bawah dinding atau tembok sambut itu;

"asas tapak" ertinya sesuatu sistem atau susunan unit-unit asas lapak seperti alas, rakil atau cerucuk yang melaluinya beban daripada sesualu bangunan alau slruklur dipindahkan ke tanah alau batu yang menahan

"bangunan berasingan" ertinya sesuatu bangunan yang tidak berkembar dengan mana-mana bangunan lain;

"bangunan berkembar" ertinya sesuatu bangunan yang direkabentuk untuk didirikan berkembar dua dan mempunyai dinding dua pihak sebagai satu daripada dinding-dindingnya;

"bangunan kediaman" ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang direkabentuk, dipadan atau digunakan untuk kediaman manusia;

"bangunan sementara" termasuklah sesuatu bangunan yang dibina keseluruhan atau sebahagiannya daripada bahan-bahan yang, jika tidak dijaga secara istimewa, mungkin cepat rosak, atau selainnya tidak sesuai untuk digunakan bagi pembinaan bangunan kekal, dan boleh meliputi sesuatu rumah atau bangunan yang pembinaannya dibenarkan di bawah lesen yang dikeluarkan oleh Dato Bandar bagi suatu tempoh terhad yang akan ditetapkan dan apabila tamat tempoh itu bangunan tersebut hendaklah dirobohkan;

"bilik" ertinya sesuatu bahagian bangunan yang dikepungi oleh dinding atau dinding sekat;

"bilik kediaman" ertinya sesuatu bilik yang luasnya tidak kurang daripada 6.5 meter persegi tetapi tidak terma.suk bilik mandi, jamban pam, beranda terbuka, lam an atau garaj;

"bumbung cerun" ertinya bumbung yang mempunyai kecondongan lebih daripada 70° dengan garis ufuk;

"bumbung rata" ertinya bumbung yang tidak mempunyai kecondongan atau yang mempunyai kecondongan tidak lebih daripada 71/20 dengan garis ufuk;


"dinding panel" ertinya dinding tak bawa beban yang dipasang dalarn suatu struktur berangka;

"dinding sekat" ertinya sesuatu dinding dalam yang bukan dinding dua pihak atau dinding luar;


"garis bangunan" ertinya garis yang ditetapkan oleh Dato Bandar dimana tiada apa-apa bahagian sesuatu bangunan boleh mengunjur melebihinya, kecuali sebagaimana dibenarkan selainnya oleh Undang-Undang Kecil ini;

"pelan susunatur" ertinya sesuatu pelan yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan yang kompeten;

"pelan yang diluluskan" erlinya pelan bagi sesuatu bangunan yang diluluskan oleh Dato Bandar mengikut Undang-Undang Kecil ini;

"pelukis pelan bangunan berdaftar", bagi maksud Undang-Undang Kecil ini, ertinya seseorang pelukis pelan bangunan yang didaftarkan di bawah Akla yang relevan;

"perubahan" termasuklah tambahan dan sambungan;

"rumah kedai" ertinya sesuatu bangunan, yang sebahagiannya direkabentuk, dipadan atau digunakan bagi maksud-maksud perniagaan;

"rumah pangsa" ertinya sesuatu kediaman berasingan yang diguna atau dibina atau dipadan untuk digunakan keseluruhan atau terutamanya bagi kediaman manusia sekeluarga, di mana dapur, tandas dan bilik mandi atau jamban pamnya terletak dalam kediaman berasingan itu dan kediaman itu terletak dalam suatu bangunan yang terdiri daripada dua atau lebih kediaman tersebut yang bersambung secara menegak

"rumah teres' ertinya sesuatu bangunan kediaman yang direkabentuk sebagai suatu unit kediaman tunggal dan menjadi sebahagian daripada suatu deretan atau teres yang tidak kurang daripada tiga bangunan kediaman sedemikian;

"sekolah" ertinya sesuatu bangunan atau sebahagian daripadanya yang direkabentuk, dipadan atau digunakan untuk menyebar pengetahuan dan termasuklah tempat asuhan kanak-kanak;
"siling" ertinya pen\ltup bagi sebelah bawah gelegar lantai atau jeriau siting atau kepingan lantai tidak termasuk dalam semua hal sesuatu rasuk penyangga, dan jika penutup itu tidak ada, ertinya sebelah bawah gelegar lantai atau reran atau alang tidak termasuk apa-apa alang penyangga;


Keperluan Rekabentuk Bangunan

KEPERLUAN REKABENTUK (bergantung kepada pihak PBT kawasan)


a) Cadangan rekabentuk yang perlu mempunyai nilai estatik yang tinggi, cirri-ciri senibina yang kaya, bersifat kotemporari dan terkini selaras dengan peredaran zaman, citarasa pengguna, keupayaan teknologi dan kehendak Majlis (Akta 133, seksyen 70(4) (h)).

b) Rekabentuk bangunan yang dapat menggunakan pelbagai sumber-sumber semulajadi seperti:
  • Penggunaan air hujan selaras dengan ‘Garis Panduan Pemasangan Sistem Pengumpulan dan Penggunaan Air Hujan (SPAH)’.
  • Keperluan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi sepertimana Undang-undang Kecil Bangunan.
c) Sistem pam tandas yang hendaklah menggunakan sistem dua simbahan (dual Flush) atau sistem satu simbahan dengan kuantiti air setiap simabhan tidak melebihi 60liter selaras dengan Pekeliling JKT:AM/B/BIL. 8/2000.

d) Bagi bangunan selain dari kediaman persendirian, penyediaan kehendak-kehendak bangunan bagi Orang Kurang Upaya (OKU) selaras dengan Undang-undang Kecil 125, Undang-undang Kecil Bangunan. Bangunan tersebut hendaklah disediakan dengan:
  • Kemudahan akses bagi membolehkan orang-orang kurang upaya masuk ke dalam, keluar daripada dan bergerak dalam bangunan itu.
  • Kemudahan-kemudahan bagi kegunaan orang-orang yang kurang keupayaan.
  • Kemudahan untuk melepaskan diri bagi membolehkan orang-orang yang kurang keupayaan untuk keluar daripada bangunan itu dalam hal kecemasan.
  • Menyediakan kemudahan bagi tandas OKU adalah tidak kurang dari 1.5m x 2.0m.
  • Menyediakan tempat letak kereta OKU berkelebaran minima 3600mm berhampiran dengan ramp akses utama ke bangunan.
  • Lif bagi OKU bagi bangunan komersial, institusi dan hospital bersaiz minima 1800mm x 1800mm dan mempunyai kelebaran pintu 1800mm.
e) Memastikan 60% bahan tempatan hendaklah di spesifikasikan untuk kerja-kerja pembinaan selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah menteri berkaitan ‘Dasar Mengenai penggunaan Bahan-bahan Tempatan dalam Industri Pembinaan’.

f) Bilik-bilik/ ruang yang disediakan dalam setiap unit kediaman hendaklah mendapat pencahayaan dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai keluasan yang tidak kurang dari 10% ruang lega lantai/ bilik/ ruang tersebut. Adalah digalakkan supaya pengudaraan silang (cross ventilation) dapat menempuh sekadar yang boleh, keseluruhan bilik-bilik kediaman dan dapat tembus dari satu permukaan depan rumah sehingga permukaan belakang rumah atau sebaliknya.

g) Rekabentuk bangunan hendaklah member perhatian kepada ‘corner treatment’.

KEPERLUAN KETINGGIAN RUANG DALAM BANGUNAN

i. Tingkat bawah dan kaki lima hendaklah tidak kurang dari 3 meter tingg
ii. Bagi bangunan selain kediaman yang mempunyai kedalaman kurang dari 10.5m, tinggi tingkat kedua dan ke atas hendaklah tidak kurang dari 2.55m.
iii. Bagi bangunan selain kediaman yang mempunyai kedalaman melebihi dari 10.5m, tinggi tingkat kedua dank e atas hendaklah tidak kurang dari 2.5m.
iv. Bagi bangunan sekolah tinggi, bilik-bilik hendaklah tidak kurang 3m.
v. Bagi bangunan hospital, bilik-bilik hendaklah tidak kurang 3m..
vi. Tinggi bilik-bilik di tempat tumpuan awamseperti muzium, pasaraya dan panggung wayang hendaklah tidak kurang 3.5m
vii. Ketinggian ‘clear height’ bagi mana-mana bahagian bilik bersiling cerun hendaklah tidak kurang dari 2m.
viii. Ketinggian ‘clear height’ bagi tingkat bawah tanah dan tingkat bawah yang terbuka hendaklah tidak kurang dari 2.5m (jika berkaitan)
ix. Unjuran balkoni terbuka di tingkat atas hendaklah tidak melebihi 1.83m dan berada pada ketinggian tidak kurang dari 2.5m dari aras jalan.
x. Lebar balkoni terbuka di tingkat atas hendaklah tidak melebihi ½ dari lebar bangunan.
xi. Tembok sambut/ tiang porch hendaklah tidak kurang dari 600mm dari sempadan lot.

KEPERLUAN SAIZ KELUASAN RUANG DALAM BANGUNAN KEDIAMAN

i. Bilik pertama hendaklah tidak kurang dari 11 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.
ii. Bilik kedua hendaklah tidak kurang dari 9.3 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.
iii. Bilik ketiga dan seterusnya hendaklah tidak kurang 6.5 meter persegi dengan lebar minima 2 meter.

KEPERLUAN SAIZ KELUASAN RUANG TANDAS/ BILIK MANDI

i. Ukuran minima bagi tandas dengan jamban duduk beserta wc adalah 1.5m x 0.75m bagi setiap wc.
ii. Ukuran minima bagi tandas dengan jamban selain jamban duduk beserta wc adalah 1.25m x 0.75m bagi setiap wc.
iii. Keluasan minima bagi bilik mandi tanpa tandas adalah 1.5 meter persegi dengan lebar minima 0.75 meter.
iv. Keluasan minima bagi bilik mandi beserta tandas adalah 2 meter persegi dengan lebar minima 0.75 meter.

Anda mungkin juga meminati:
  • UKBS 1984 (Bahagian III : RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN)
  • UKBS 1984 (Bahagian II : PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN)
  • UKBS 1984 (Bahagian VI : KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN)
  • UKBS 1984 (Bahagian I : Permulaan)

UKBS 1984 (Bahagian III : RUANG KAWASAN, CAHAYA DAN PENGUDARAAN)


39. (1) Tiap-tiap bilik yang direkabentuk, dipadan atau digunakan bagi maksud-maksud kediaman, perniagaan atau lain-lain kecuali hospital dan sekolah hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 5% daripada keluasan lega lantai itu.

(2) Tiap-tiap bilik yang digunakan untuk menempatkan pesakit-pesakit di sesuatu hospital hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 15% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 71/2% daripada keluasan lantai itu.

(3) Tiap-tiap bilik yang digunakan bagi maksud menjalankan kelas-kelas dalam sesuatu sekolahhendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu at au lebih tingkap yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 20% daripada keluasan lega lantai bilik itu dan hendaklah mempunyai ruang buka yang bolch membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu yang tidak kurang daripada 10% daripada keluasan lantai itu.

(4) Tiap-tiap jamban pam, tandas, tempat buang air kecil atau bilik mandi hendaklah dilengkapkan dengan pencahayaan semulajadi dan pengudaraan semulajadi melalui satu atau lebih ruang buka yang mempunyai jumlah keluasan tidak kurang daripada 0.2 meter persegi bagi satu jamban pam, tandas, tempat buang air kecil atau bilik mandi dan ruang buka itu hendaklah boleh membenarkan laluan udara secara bebas dan tidak terganggu.

40. (1)
(a) Saiz minimum bagi setiap ruang udara jika diadakan dalam semua bangunan adalah seperti berikut:
(i) Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 7 meter persegi;
(ii) Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 9 meter persegi;
(iii) Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 11 meter persegi;
(iv) Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 13 meter persegi;
(v) Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 15 meter persegi.
(b) Lebar minimum bagi ruang udara itu pada mana-mana sisinya ialah 2.5 meter.

(2) (a) Saiz minimum bagi setiap ruang udara untuk tandas , jamban pam dan bilik mandi adalah seperti berikut:
(i) Bagi ruang udara meliputi hingga 2 tingkat tingginya, 3.5 meter persegi;
(ii) Bagi ruang udara meliputi hingga 4 tingkat tingginya, 4 meter persegi;
(iii) Bagi ruang udara meliputi hingga 6 tingkat tingginya, 4.5 meter persegi;
(iv) Bagi ruang udara meliputi hingga 8 tingkat tingginya, 5 meter persegi;
(v) Bagi ruang udara meliputi yang lebih daripada 8 tingkat tingginya, 5.5 meter persegi.
(b) Lebar minimum bagi ruang udara tersebut pada mana-mana sisinya ialah 1.8 meter.
(c) Ruang udara yang kecil ini hendaklah dalam apa-apa keadaan tidak boleh digunakan untuk mengganti udara mana-mana bilik kediaman.

41. (1) Jika pengudaraan atau penyamanan udara secara mekanikal yang kekal dicadangkan, Undang-Undang Kecil bangunan yang relevan berhubungan dengan pengudaraan semulajadi, pencahayaan semulajadi dan tinggi bilik-bilik boleh diketepikan mengikut budibicara Dato Bandar.
(2) Sesuatu permohonan untuk mengenepikan Undang-Undang Kecil bangunan yang relevan itu hanya boleh dipertimbangkan jika selain daripada sistem penyamanan udara yang kekal itu ada diperuntukkan cara-cara pengudaraan lain yang diluluskan bagi kepungan yang dinyamankan udaranya itu, supaya dalam masa sctengah jam daripada kerosakan sistem penyamanan udara itu, udara bersih yang tidak kurang daripada banyak yang ditentukan sebagaimana yang dinyatakan kemudian daripada ini boleh dimasukkan ke dalam kepungan itu sepanjang tempoh sistem penyamanan udara itu tidak berjalan.
(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil iniadalah terpakai bagi bangunan yang digantikan udaranya atau dinyamankan udaranya secara mekanikal.
(4) Jika pengudaraan secara mekanikal yang kekal berkenaan dengan tandas, jamban pam, bilik mandi atau koridor diadakan dan disenggara mengikut kehendak-kehendak Jadual Ketiga Undang-Undang Kecil ini, peruntukan-peruntukan Undang-Undang Kecil ini berhubungan dengan pengudaraan semulajadi dan pencahayaan semulajadi tidak terpakai bagi tandas, jamban pam, bilik mandi atau koridor itu.

42. (1) Luas bilik kediaman yang pertama dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 11 meter persegibilik kediaman yang kedua hendaklah tidak kurang daripada 9.3 meter persegi dan luas semua bilik kediaman lain hendaklah tidak kurang daripada 6.5 meter persegi.
(2) Lebar tiap-tiap bilik kediaman dalam sesuatu bangunan kediaman hendaklah tidak kurang daripada 2.1 meter.
(3) Luas dan lebarnya sesuatu dapur dalam suatu bangunan kediaman hendaklah masing-masingnya tidak kurang daripada 4.5 meter persegi dan 1.5 meter.

43. Dalam semua bangunan saiz tandas, jamban pam dan bilik mandi hendaklah-
(a) bagi tandas atau jamban pam, dengan pasangan jamban duduktidak kurang daripada 1.5 meter kali 0.75 meter;
(b) bagi jamban pam dengan pasangan selain daripada pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.25 meter kali 0.75 meter;
(c) bagi bilik manditidak kurang daripada 1.5 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter; dan
(d) bagi bilik mandi dengan pasangan jambantidak kurang daripada 2 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter.

44. (1) Tinggi bilik-bilik dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-
(a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;
(b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;
(c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter.
(2) Tinggi purata bilik yang bersiling cerun dalam bangunan kediaman selain daripada rumah kedai hendaklah-
(a) bagi bilik kediaman dan bilik tidur, tidak kurang daripada 2.5 meter;
(b) bagi dapur, tidak kurang daripada 2.25 meter;
(c) bagi bilik mandi, jamban pam, tandas, anjung, langkan, beranda, garaj dan sebagainya, tidak kurang daripada 2 meter:
Dengan syarat bahawa tiada mana-mana bahagian sesuatu bilik boleh kurang daripada 2 meter tingginya.
(3) Bagi rumah kedai tinggi bilik-bilik tingkat bawah hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dan tinggi bilik-bilik tingkat alas hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter. Jika kedalaman rumah kedai itu pad a paras mana-mana tingkat at as adalah lebih daripada 10.5 meter, tinggi bilik-bilik di tiap-tiap tingkat atas itu hendaklah tidak kurang daripada 2.55 meter.
(4) Bagi sekolah, tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menyebar pengetahuan hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.
(5) Bagi hospital tinggi bilik-bilik yang digunakan untuk menempatkan pesakit-pesakit hendaklah tidak kurang daripada 3 meter.
(6) Tinggi sesuatu bilik dalam sesuatu kilang di mana seseorang bekerja hendaklah tidak kurang daripada 3 meter ruang atas.
Anda mungkin juga meminati:
  • Keperluan Rekabentuk Bangunan
  • UKBS 1984 (Bahagian VI : KEHENDAK-KEHENDAK PEMBINAAN)
  • UKBS 1984 (Bahagian II : PENGEMUKAAN PELAN-PELAN UNTUK DILULUSKAN)
  • Pengudaraan Semulajadi - Kediaman mesra alam

Lukisan Berjadual bagi Bangunan



Merujuk Undang-undang Kecil Bangunan (Bahagian II, No. 15 : Spesifikasi)

Jika dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan pelan-pelan yang dikemuka untuk diluluskan hendaklah disertakan dengan spesifikasi semua bahan yang dicadang hendak digunakan.
Antara jadual yang terlibat:
  • Jadual pintu dan tingkap
  • Jadual keluasan lantai
  • Jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi
  • Jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal
  • Jadual petunjuk kemasan
Jadual pintu dan tingkap


Dihasilkan untuk memudahkan kontraktor dan arkitek menyenaraikan keperluan dalam sesuatu projek.

Pintu dan tingkap di dalam pelan ditandakan mengikut simbol yang sesuai untuk membolehkan jenis, saiz dan kedudukan di kenalpasti.

Jadual keluasan lantai

Di gunakan untuk mengira kawasan tapak yang akan di bangunkan untuk tujuan pengiraan kos serta sebagai rujukan kepada majlis dalam pembayaran yuran kelulusan pelan.
Untuk mendapatkan keluasan lantai bagi sesuatu ruang, fungsi ruang itu perlu di kenal pasti sebagai rujukan dan dimensi hendaklah di tunjukkan dengan jelas di dalam pelan. 
Keluasan ruang terbahagi kepada dua iaitu Ruang terbuka dan Ruang tertutup

Ruang Terbuka
Ruang yang hanya di gunakan untuk satu jangka masa yang singkat sahaja dan kadar penggunaan pada setiap hari adalah sangat jarang seperti;


                          toilets, tangga, terrace, porch, balcony, corridor

Ruang Tertutup
Adalah ruang yang di gunakan oleh pengguna bangunan untuk menjalankan aktiviti harian dan besar kemungkinan akan berada di dalam ruang itu untuk satu janka masa yang panjang seperti;


                          bilik tidur, dapur, living room, dining

Jadual pengudaraan dan pencahayaan semulajadi 

Disediakan untuk memastikan bangunan yang di reka bentuk ini mematuhi keperluan dalam Undang-undang kecil bangunan Seragam edisi 2009 Bahagian III seksyen 39 (Cahaya dan Pengudaraan Semulajadi).


Bagi pengudaraan, semua ruang perlu penyediaan pembukaan sebanyak 10% kecuali tandas dan ruang utiliti hanya 5%. Untuk pencahayaan, 5% untuk semua ruang. Boleh rujuk Undang-undang Kecil Bangunan

Peratusan disediakan dikirakan berdasarkan kepada luas bukaan yang disediakan dalam ruang tersebut seperti Tingkap, Louvers, Fix glass

Jadual kelengkapan sanitari dan elektrikal

Disediakan untuk membolehkan kontraktor mendapat bilangan yang diperlukan serta spesifikasi kelengkapan yang akan digunakan.


Untuk menyediakan jadual ini, seorang itu perlulah mengira jumlah bilangan berdasarkan pelan yang telah disediakan dan tidak perlu dihantar sebagai satu keperluan dalam pelan untuk mendapatkan kelulusan.

Jadual petunjuk kemasan

Petunjuk kepada spesifikasi kemasan perlu disediakan untuk membezakan kemasan di dalam setiap ruang

Plan Arkitek | Plan Rumah


Pandangan Hadapan
     
Pandangan Belakang
    
Pandangan Sisi Kiri
    
Pandangan Sisi Kanan
    
Pelan Lantai
 

Pelan Rekabentuk | Plan Jurutera | Plan RC

Pelan R.C 

Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur(kerangka besi) sesuatu bangunan. Setiap saiz besi, saiz tiang, saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontraktor semasa dalam pembinaan nanti. Pihak jurutera akan melakukan pengawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan. Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh.





Submission Majlis (PBT) | Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan

JENIS PELAN UNTUK DI SUBMIT KE MAJLIS (PBT) 




Pelan Arkitek : Pelan Bangunan 

CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/ 2 TINGKAT/TAMBAHAN/UBAHSUAI 

1 ~ Pelan Pembangunan (jika Perlu) 
2 ~ Pelan Arkitek 
3 ~ Pelan Jurutera 

Pelan Arkitek 
-merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah. Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah. Sebuah pelan Arkitek yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi perkara berikut, melainkan jika tidak berkenaan, iaitu:

 A. Pelan Tapak 
-Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina, ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut. Pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah. Pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah(pelan lantai bawah), system sanitary iaitu manhole, piping, septic tank, parit, limit jarak antara rumah dan lot serta lain-lain yang diminta oleh pihak majlis. 

B. Pelan Lokasi 
-Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut, juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah, hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan. 

C. Pelan Kunci 
-Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot. 

D. Pelan lantai Bawah (ground floor key plan) 
-Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik 

E. Pelan lantai Atas (1st floor key plan) 
-Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik. 

F. Pelan Bumbung (roof plan) 
-Menunjukkan jenis bumbung dan kecuranannya juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary. 

G. Pelan Pandangan (elevation plan) 
-Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar. 

H. Pelan Keratan (cross section) Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah

I. Pelan Sistem Bekalan Air dan Sanitari 
-Menunjukkan saiz dan jenis paip, tangki air, tangki najis, sink, basin, floor trap serta yang berkaitan dengan paiping installation sanitary and plumbing 

J. Jadual Pintu dan Tingkap 
-Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap 

K. Pelan Pagar
- Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perincian untuk tempat meter air, tong sampah dan meter elektrik. 

L. Jadual Pencahayaan dan Pengudaraan 
-Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara. 


Pelan Jurutera : Rekabentuk 

Pelan Jurutera : Rekabentuk 
Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan rumah terdiri daripada pelan r.c, pelan sanitari, pelan plumbing, pelan kerja tanah(jika perlu). Semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek. Setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan r.c disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis. Pelan sanitari ke JPP dan pelan plumbing ke JBA 

Pelan R.C 
Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur(kerangka besi) sesuatu bangunan. Setiap saiz besi, saiz tiang, saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontraktor semasa dalam pembinaan nanti. Pihak jurutera akan melakukan pengawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan. Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh. 

Pelan Plumbing 
Pelan plumbing merujuk kepada system paip bekalan air rumah. Ianya menunjukkan saiz paip, saiz tangki air serta punca paip sedia ada yang akan disalurkan ke rumah. Pelan ini akan di submit kepada JBA untuk kelulusan. 

Pelan Sanitari 
Pelan yang menunjukkan system pembentungan rumah, terdapat beberapa siri submission untuk pelan ini. Jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan. Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera. JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Pelan Kerja Tanah (Earthwork) 
-Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu ditimbun atau dikorek (cut n fill) 

Translate