Translate

Sunday, September 13, 2015

WORK SCHEDULE BINA RUMAH ANDA


WORK SCHEDULE BINA RUMAH ANDA

Work schedule atau jadual kerja adalah perancangan kerja berdasarkan jenis kerja-kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Dalam projek PEMBINAAN perancangan kerja adalah sangat penting dan setiap kontraktor yang mendapat projek dari kerajaan atau swasta perlu menyediakan perancangan kerja dan diserahkan kpd owner/client utk disemak terlebih dahulu sebelum dapat menjalankan kerja. Daripada Jadual kerja ini owner akan mengawalsedlia kerja-kerja di tapak samada ia mengikut perancangan (as planned) atau tidak (infront/behind schedule)
Dalam pembinaan bangunan jadual kerja secara asasnya dibina mengikut S-CURVE. Daripada s-curve akan menghasilkan bar chart .
Apa itu S-Curve dan Bar Chart
Dalam projek pembinaan yg bernilai juta-juta ringgit penyediaan perancangan kerja adalah sangat penting. Jadual di buat berdasarkan S-Curve krn dalam projek pembinaan bangunan dan perumahan telah dibuat kajian terperinci secara menyeluruh dengan mengambil data-data masa, kos, kerja dan manpower. Dari data2 yg kumpul ini bermula dari awal sehingga siap projek maka di dapati setiap projek pembinaan bangunan yg berjalan lancar akan menepati graf seperti huruf –S. Maka pada masa sekarang setiap penyediaan perancangan projek dibuat berdasarkan s-curve atau lekuk-s. Daripada S-curve ini boleh dibina carta bar.

Daripada bar chart dan S-curve tuan/puan boleh tahu samada pembinaan rumah tuan puan itu lambat atau cepat (infront atau behind schedule). Tuan/puan juga boleh membuat budget atau kira2 kedudukan kewangan semasa proses pembinaan termasuk jumlah yg sepatutnya perlu dibayar kepada tukang rumah anda.





WORK SCHEDULE DAN BAR CHART
WORK SCHEDULE
PRELIMINARIES
  • Order Bahan Binaan
  • Susun Atur Tapak
  • Mohon Bekalan Air & Letrik Sementra
  • Setting Out & Side Rail
FABRICATING WORKS
  • Formwork
  • Re Bar
SUB STRUCTURE
  1. 1. EXCAVATION/INSTALLATION/CONCRETING
  • Menggali Tapak Asas
  • Grid Line allignment
  • Memasang Formwork
  • “Lean Concrete 2″””
  • Memasang besi / re-bar
  • Kerja-kerja konkrit tapak asas

  1. 2. DISMENTLING WORKS/RE-FILL EARTH
  • Membuka papan formwork
  • Kerja menimbus kembali tanah

  1. 3. MEMBINA GROUND BEAM
  • Grid Line allignment/levelling
  • Pasang forwork
  • Pasang besi / re-bar
  • Tie up / support formwork
  • Kerja-kerja Concreting to Grd Beam

  1. 4. GRD FLOOR SLAB
  • Mengisi tanah/pasir/hardcore
  • Menghampar Plastic sheet
  • Menghampar BRC
  • Concrete Pouring to Slab
SUPER STRUCTURE
  1. 1. MEMBINA TIANG
  • Grid Line allignment/levelling
  • Pasang besi / re-bar
  • Pasang formwork
  • Checking verticallity and tie-up formwork
  • Concrete Pouring to column
  1. 2. MEMBINA ROOF BEAM
  • Menyedia/menaikkan T-support/staging
  • Pasang roof beam bottom formwork
  • Pasang roof beam side formwork
  • Masukkan tetulang besi/re-bar
  • Tie-up roof beam formwork
  • Concrete Pouring to roof beam
  1. 3. KERJA-KERJA BUMBUNG
  • Pasang wall plate dan kekuda
  • Laying aluminium foil/timber battern
  • Pasang atap genting
  1. 4. KERJA BATA, PLASTER, FRAME PINTU/TINGKAP DAN SILING
  • Pasang Frame Pintu
  • Kerja Mengikat Dinding bata
  • Pasang frame tingkap
  • Kerja-kerja plaster
  • Kerja-Kerja Siling
COLD WATER PLUMBING/SANITARY/SEWERAGE
  • Under ground paip
  • Piping and Sanitary fitting
  • Sewer pipe and septic tank
KERJA-KERJA LETRIK
  • Cable laying
  • Electrical appliance
FINISHING WORKS
  • Floor and Wall tiles
  • Painting
  • Fixing Door/Window leaf
EXTERNAL WORKS
  • Perimeter drain and Turfing

KOS BINA RUMAH SENDIRI

Bahan Binaan 
 
Berikut adalah senarai bahan-bahan binaan asas yang utama dalam pembikinan rumah ini :
Juga disertakan kos per unitnya

Kerja-kerja konkrit
  • Simen (1 bag 50 kg) - RM 16.00/kg
  • Bata simen - RM0.21 satu
  • Bata merah - RM0.35 satu (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Pasir kasar - RM 40 satu ela
  • Pasir halus - RM 45 satu ela
  • Batu aggregate 3/4" - RM 45 satu ela
  • Besi Y 10mm (40 kaki) - RM 18 sekaki
  • Besi Y 12mm (40 kaki) - RM 24 sekaki
  • Besi R 6mm (40 kaki) - RM 6.50 sekaki
  • Besi BRC A65 - RM 15.90 satu gulung
  • Tiang konkrit saip bancuh(4"X4"x12') - RM 3.30 sekaki
  • Tiang Roman 9' - RM 10 sekaki (tak pakai utk rumah ini -utk info)
  • Dawai bata - RM 6.80 satu gulung
  • Dawai ikat besi - RM 15 satu gulung
  • Bata bunga lubang angin - RM 2 satu
  • U drain (tanah liat) - RM 4.10 sekeping
Kerja-kerja kayu ( formwork)
  • Plywood(4'X8'X12") - RM 44- 76 sekeping
  • Kayu 2"X1"X8' - RM 9.90 satu
  • Kayu 2"X1"X10' - RM 11.00 satu
  • Kayu 2"X3"X8' - RM 14.71 satu
  • Kayu 2"X3"X10' - RM 19.06 satu
  • Kayu 2"X3"X12' - RM 26.44 satu
  • Kayu 4"X4" - RM13 sekaki
  • Kayu 2"X5" - RM3.50 sekaki
  • Paku 2 " - RM 4.96 /kg
Kerja-kerja atap
  • Main truss besi 3"X1.5"(kekuda) (20 kaki) - RM 23 sebatang
  • Purlin truss besi bumbung (20 kaki) - RM 13.50 sebatang
  • Roof corrugated metal sheet (lebar 2.5 kaki) - RM 3.30-4.30 sekaki panjang
  • Rabung atap (8.5 kaki) - RM 26 sekeping
  • Zink licin (lurah atap laluan air hujan) - RM 3.60 sekaki
  • Skru atap - RM 35 sekotak
  • L bracket - RM 1.50 satu
  • Papan facial board (12 kaki) - RM 22 sekeping
  • Mesin Grinder pemotong besi - RM 190
  • Gentool Cutter pemotong besi - RM 160
  • Disc cutter - RM 2 satu
Lain lain
  • Wheel barrow - RM 70 satu
  • Frame pintu besi 34"- RM 55 satu
  • Frame pintu besi 54" - RM 65 satu
  • Pintu Panel kayu 34"- RM 175 satu
  • Pintu Panel kayu 54"- RM 360 satu
  • Pintu bilik air (model baru jenis sliding) -RM 380 satu
  • Tanah merah - RM 25 satu ela
  • Tangki septik - RM 920 satu
Rujukan harga-harga ini dapat memudahkan kerja-kerja pengiraan anggaran kos sesebuah rumah.
Contoh kalau anggaran jumlah bata yang diperlukan ialah 16,000 biji maka kosnya cuma darab dengan harga sebiji RM0.21 = RM 3360. Jadi sediakan budget ini. Begitulah juga pada setiap kerja-kerja yang lain. Cara nak kira semua itu , kita kena bincang kemudian kut.
Bagi kos kerja-kerja upah cuma kira jumlah anggaran hari boleh siap kerja darab dengan kos pekerja sehari. Katakan kos pekerja sehari = RM 390 dan mereka boleh siapkan pembinaan rumah dalam anggaran 113 hari maka jumlah kos upah pekerja = 390X113 = RM 44,070 (CONTOH )

Harga keseluruhan rumah ini termasuk kos
  • Beli barang - RM 80081
  • Upah pekerja - RM 44370
  • Ukur tanah - RM 350
  • Bersih tapak rumah -RM 1750
  • Sub kerja wiring - RM 4800 (murah la kerana harga kawan2) biasa depa charge RM 7000 keatas
  • Sub kerja siling - RM 6700 ( kira murah juga )
  • Sub kerja pasang tile lantai - RM 2500 ( harga kawan2 juga)
  • Beli mixer konkrit - RM 2150 ( termasuk sewa lori RM 350 - dari Ipoh ke Penang)
  • Lain-lain upah - RM 100
So kiralah berapa? Jumlah nya ialah RM 142,801 
Harga kontraktor letak ? RM 190,000 jadi berapa beza jimat ? RM 47,199
Sebenarnya harga boleh jimat lagi kalau beli barang aksesori yang lebih murah tapi dah ada budget hentam saja lah.

Harap maklum harga bahan binaan ini adalah pada harga semasa dipasaran Pulau Pinang pada bulan Mei - November 2010Mungkin harga semasa sekarang sudah berubah.

Tuesday, May 19, 2015

KEPERLUAN UNTUK PENDAFTARAN SEBAGAI Pelukis Pelan Bangunan

KEPERLUAN UNTUK PENDAFTARAN SEBAGAI Pelukis Pelan Bangunan



1. Pemohon itu ialah seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia mempunyai salah satu kelayakan seperti berikut:
(a) Sijil Pelajaran Malaysia (Sijil Pelajaran Malaysia) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya lima belas (15) tahun pengalaman kerja yang berkaitan pada sepenuh masa sebagai pelukis pelan bangunan di bawah latihan dan pekerjaan Arkitek Profesional atau Bangunan berdaftar Pelukis Pelan; atau
(b) Diploma Seni Bina dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau setaraf dengan sekurang-kurangnya tujuh (7) tahun pengalaman bekerja sepenuh masa yang relevan dalam (a) di atas
2. Pemohon yang memenuhi salah satu keperluan di atas akan dikehendaki lulus Ujian Kemahiran sebelum dibenarkan menduduki Ujian Pengeluaran dan muncul untuk satu temu bual di hadapan Jawatankuasa Pendaftaran Lembaga.
3. Permohonan untuk pendaftaran mesti dikemukakan dalam BORANG yang ditetapkan C bersama-sama dengan yang berikut:

Translate