1.
Lokasi diterima bagi kerja binaan rumah
Buat masa ini, pihak kami hanya
menerima kerja binaan di sekitar Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja.
Pihak kami tidak mempunyai kemudahan logistik untuk melakukan kerja diluar
kawasan tersebut.
2.
Harga bagi kerja binaan yang dilakukan
Pihak kami akan memberi
sebutharga kepada pelanggan selepas perbincangan pertama secara bersemuka.
Harga yang diberi kepada pelanggan dalam perbualan telefon atau menerusi email
hanyalah anggaran sahaja.
Untuk memberi sebutharga yang
tepat, pihak kami perlu melihat pelan bagi rumah yang ingin dibina terlebih
dahulu serta lokasi bagi kerja binaan tersebut.
3.
Tidak mempunyai pelan tetapi ingin mengetahui harga bagi
anggaran bajet
Sekiranya pihak pelanggan tidak
mempunyai pelan, pihak kami masih boleh memberi bajet secara kasar kepada
pelanggan kami dengan mendapat gambaran kasar luas rumah yang ingin dibina
serta material yang ingin digunakan.
4.
Membuat pelan bagi pelanggan yang tiada pelan rumah
Bagi pelanggan yang tidak
mempunyai pelan. pihak kami boleh membantu untuk mendapatkan pelan rumah,
hubungi pihak kami dan kami akan bantu mengikut konsep yang dimahukan serta
bajet pelanggan kami. Bagi sebarang kerja binaan rumah, pelan rumah adalah
penting, ini kerana sekiranya tiada pelan, kerja binaan tidak boleh dijalankan.
Pelan rumah terbahagi kepada 3
jenis iaitu pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan struktur.
5.
Apa itu pelan lakaran, pelan arkitek dan pelan struktur
Pelan Lakaran
Pelan lakaran atau schematic
drawing adalah pelan konsep yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan untuk di
tunjuk kepada pelanggan. Lukisan tersebut dalam bentuk pandangan atas dan dalam
bentuk 3dimensi bergantung kepada permintaan pelanggan. Pihak kami akan membawa
pelan lakaran tersebut untuk dibincang bersama pelanggan sekiranya terdapat
sebarang perubahan yang ingin dilakukan.
Pelan Arkitek
Pelan arkitek atau architectural drawing adalah pelan yang akan dikeluarkan oleh pelukis pelan setelah pelan lakaran yang dibincang bersama pelanggan telah dipersetujui. Pelan tersebut akan disahkan oleh seorang arkitek proffesional (mengikut keperluan). Sekiranya terdapat lagi perubahan yang ingin dilakukan setelah pelan arkitek dikeluarkan, kos untuk membuat perubahan di dalam pelan tersebut adalah tinggi, oleh itu pelanggan dinasihatkan supaya berbincang dan meneliti pelan lakaran terlebih dahulu bersama kami sebelum pelan arkitek dikeluarkan.
Pelan struktur akan dikeluarkan
setelah pelan arkitek siap. Pelan struktur adalah pelan yang diperlukan oleh
kontraktor (pihak kami) untuk membuat struktur rumah. Pelan struktur tersebut
akan disahkan oleh seorang jurutera professional (sekiranya ia dikeluarkan oleh
pihak konsultan, contoh pelan struktur di bawah).
6.
Kos bagi mendapatkan pelan lakaran, pelan arkitek dan
pelan strukur
Kos bagi pelan tersebut adalah
bergantung kepada keluasan binaan yang ingin dibina dan juga konsep rumah yang
diinginkan pelanggan. Sebagai rujukan, bagi rumah berkeluasan dalam 3000kps, kos
bagi mengeluarkan pelan-pelan tersebut adalah dalam lingkungan RM 6000.00
(harga tidak termasuk dengan urusan untuk mendapatkan kelulusan pelan dengan
Majlis Daerah).
Harga tersebut adalah harga
yang dikenakan oleh pihak konsultan, pihak kami tidak mengambil sebarang
keuntungan dalam urusan tersebut kerana ini hanyalah servis yang kami sediakan
kepada pelanggan kami.
7.
Kelulusan pelan binaan rumah dari Majlis
Daerah/Perbandaran
Bagi mendapatkan kelulusan
pelan dari pihak Majlis, pihak konsultan kami boleh membantu menyelesaikannya.
Pihak kami tidak membuat urusan bagi mendapatkan kelulusan, ini kerana pihak
Majlis hanya membenarkan pihak konsultan untuk membuat urusan tersebut.
Terdapat banyak jabatan yang
perlu dilalui sebelum surat kelulusan dikeluarkan (melalui sehingga 13 jabatan
bagi sesetengah Majlis), ini menyebabkan kos adalah tinggi dan juga mengambil
masa yang lama sebelum mendapat kelulusan.
Bagi pelanggan yang ingin
membuat pinjaman perumahan dari pihak bank ataupun kerajaan dan ingin memiliki
rumah persendirian mempunyai CF, prosedur ini perlu dilakukan. (Bagi pelanggan
yang memiliki status tanah pertanian, proses penukaran status tanah perlu
dilakukan terlebih dahulu)
*****Nota : Kelulusan Saya tidak buat, tanggungjawab anda untuk menguruskan.
8.
Membuat pinjaman perumahan bagi membina rumah persendirian
Bagi membuat pinjaman perumahan
untuk binaan rumah persendirian, penyediaan pelan rumah serta kelulusan dari
pihak Majlis adalah perlu.
Pihak bank/pembiaya memerlukan
dokumen-dokumen tersebut serta sebutharga (dalam bentuk bill of quantity (BQ))
dari pihak kontraktor, evaluation report dari juruukur bahan (quantity
surveyor/QS) dokumen kontrak diantara kontraktor dan pelanggan serta profail
syarikat kontraktor. Pihak kami boleh membantu pelanggan untuk menyediakan
dokumen kontrak serta sebut harga untuk di hantar kepada pihak bank. sekiranya
pihak bank memerluka laporan QS, pelan perlu disiapkan terlebih dahulu (bayaran
plaporan QS perlu dijelaskan oleh pelanggan) Sekiranya tiada lagi pelan dan
kelulusan pelan belum dilakukan, pihak kami juga boleh membantu.
9.
Membuat pinjaman peribadi bagi pembinaan rumah
persendirian
Bagi pelanggan yang menggunakan
pinjaman peribadi untuk binaan rumah, kelulusan pelan tidak perlu dilakukan
terlebih dahulu kerana bagi pinjaman peribadi, pihak bank tidak memerlukan
sebarang pengesahan untuk kelulusan pelan.
10.
Harga bagi urusan pelan terlalu tinggi, apa yang boleh
dilakukan?
Sememangya, ramai pelanggan
kami didalam dilema yang sama kerana harga bagi urusan pelan adalah terlalu
tinggi. Adalah tidak berbaloi untuk membina rumah yang berharga RM 150 000.00
tetapi bayaran bagi urusan pelan beserta kelulusan mencecah RM20 000.00.
Sekiranya kediaman yang ingin
dibina di dalam kawasan perkampungan dan pihak pelanggan ingin membuat rumah
menggunakan pinjaman peribadi atau menggunakan wang simpanan dan tidak kisah
sekiranya rumah tersebut tidak memiliki CF kerana hanya berniat untuk diduduki
dan bukan untuk dijual, serta tidak berniat untuk menginsurankan rumah
tersebut, urusan bagi pelan tersebut boleh diabaikan.
Dengan itu pihak pelanggan
hanya perlu menyediakan pelan arkitek tanpa perlu pengesahan dari arkitek
bertauliah (AR) dan pihak kami boleh membantu menyediakan pelan struktur untuk
binaan tersebut (bagi rumah setingkat bersaiz kurang 2000kps sahaja dan ia
bukan pelan yang disahkan oleh jurutera profesional). Kos bagi pelan arkitek
dari pelukis pelan hanyalah RM 2000.00 bagi sebuah rumah berkeluasan 2000kps
(harga berdasarkan pelukis pelan lantikkan kami).
Pihak kami menyarankan untuk
pembinaan rumah 2 tingkat atau rumah berkeluasan lebih 2000kps perlu
mendapatkan pelan arkitek dan struktur yang sah.
11.
Jika mahukan kelulusan pelan tetapi tidak mahu
mengeluarkan kos yang banyak?
Terdapat cara yang boleh diguna
pakai untuk mendapatkan pelan kelulusan tetapi dengan kos yang rendah.
Pihak pelanggan boleh
menanyakan pada pihak PBT kaki persegi minima yang dibenarkan untuk tidak
menghantar bagi mendapatkan CF, jika tidak melibatkan CF dan hanya melibatkan
kelulusan pelan mengikut kaki persegi minima, kos kelulusan adalah lebih rendah
(pastikan tanah milik anda telah siap infrastruktur, milik sendiri dan bukan
tanah pertanian, jika tidak ia memakan masa dan kos yang tinggi)..
Tetapi selalunya syarat pihak
bank bagi membuat pinjaman memerlukan CF rumah. Jika ia melibatkan CF, pelukis
pelan/ konsultan tetap mengenakan caj standard..
12.
Struktur binaan yang digunakan
Struktur binaan yang kami
gunakan adalah konkrit bertetulang atau "reinforced concrete". Rumah
akan dibina struktur konkrit terlebih dahulu sehingga siap sebelum kerja
mengikat bata dijalankan.
Pihak kami tidak mengikat bata
terlebih dahulu sebelum menjalankan kerja binaan struktur rasuk atas kecuali
atas sebab-sebab tertentu atau permintaan dari pelanggan untuk menjimatkan kos.
ini bagi memastikan bata tidak menampung beban stuktur atas dan juga beban
bumbung yang mengakibatkan berlaku keretakan pada bata akibat dari beban
berlebihan (membina struktur terlebih dahulu juga akan memberi binaan bagi
rasuk atas yang kemas - lihat gambar di beri).
Bagi gred konkrit, pihak kami
menggunakan G25 (bergantung kepada keperluan struktur) tetapi untuk konkrit
yang dibancuh ditapak, pihak kami membuat bancuhan bagi G28 sebagai langkah
berjaga-jaga supaya konrit yang dituang mencapai gred minima yang dimahukan
iaitu G25.
Salam.... Pls cal 0192404630
ReplyDeleteWan Abd Rashid... Perlu plan arkitek & kontraktor... Shah Alam
Tkaseh
Salam please whatsapp 0102136443,nak pelan arkitek & engineer structure drawing.PBT Hulu Selangor.Thank you
ReplyDeleteSalam, mohon whatsapp 0173441979, perlu plan arkitek dan kontraktor, banglo Bangi. Terima kasih.
ReplyDelete