Kali ini saya akan perkatakan berkenaan apa itu Lukisan Pelan.
Dalam blog ini saya mengkhususkan kepada Pelan Arkitek atau Lukisan Senibina yg
amat mudah utk pembaca memahaminya.
Lukisan Pelan atau Senibina selalunya mengandungi eleman-eleman yg
menyatakan dgn jelas segala bentuk ruang serta saiz bagi sesuatu rekabentuk
bangunan itu. Ianya diterjemahkan pula dgn rupabentuk bangunan tersebut yg di
panggil sebagai Pandangan Pelan.
Disini saya secara ringkas menyenaraikan keperluan asas bagi
sesuatu Lukisan Pelan yg lengkap.
Pelan harus la mengandungi eleman2 berikut:-
1: Pelan - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek atau
tapak pembinan yg selalunya dalam radius 5km dari tapak projek.
2. Pelan Lokasi - menunjukkan secara kasar kedudukan tapak projek
didalam lingkungan taman perumahan atau kawasan kediaman berhampiran di mana
pelan akan ditunjukkan dalam skala 1: 1200, 1:1300, 1:1500 dan sebagainya.*
3. Pelan Tapak - mengandungi perincian yg lebih jelas berkenaan
tapak rumah serta bangunan berhampiran dengan skala kebiasaan 1:200, 1:300.*
4. Pelan Lantai - mengandungi Pelan Tingkat Bawah, Tingkat Atas
dan seterusnya serta Pelan Bumbung.
5. Pandangan - menunjukkan dengan jelas pandangan rupabentuk
bangunan yg dilukis seperti Pandangan Hadapan, Belakang, Kiri & Kanan.
6. Keratan - menunjukkan keratan bangunan yg dibina bagi
menunjukkan ruang dalaman sesebuah bangunan yang di bina,
7. Sanitari - Lukisan Susunatur kelengkapan dapur serta bilik air
dan sistem kumbahan.
8. Sistem Bekalan Air - menunjukkan kan susun atur sistem
bekalan air paip.
9. Lukisan Terperinci - Lukisan yang menunjukan kan rekabentuk yg
lebih terperinci bagi bahagian atau keperluan yang di kehendaki oleh pihak PBT
atau agensi berkaitan.
Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada saya di khidmatmelukisplan@gmail.com atau call/whatsapp ke 0172842982
Sebarang pertanyaan berkaitan penyediaan pelan serta pembinaan rumah sila emailkan kepada saya di khidmatmelukisplan@gmail.com atau call/whatsapp ke 0172842982
No comments:
Post a Comment