Translate

Tuesday, July 3, 2018

Nak berjaya tak perlu berebut


Hari ini hari untuk motivasikan diri. Uh, tak sepatutnya hari ni je. Kena hari-hari motivasikan diri untuk jadikan diri lebih unggul bukan tunggul.

Tetiba teringat pada ulangan bual bicara mata ke hati prof Muhammad. 

Betol la kata Prof. tu. Tak perlu nak bersaing siapa lagi hebat and berebut untuk mendapatkan sesuatu kejayaan tu. Sikap tu akan buatkan diri dipenuhi perasaan hasad dengki. Mulalah segala macam kritikan berbaur fitnah dihamburkan pada orang lain. Tak baik tau. Buat apa nak risau. Allah tu kan Maha Pemurah. Kita akan dapat apa yang kita mahu selagi kita nyakin. Lebih baik kita berkongsi menikmati kejayaan tu sebagaimana kita berkongsi bernafas di ruangan oksigen yang sama, berkongsi merasa sinaran matahari yang sama, dan berkongsi tinggal di bumi yang sama. Erti kata lain yang mudah, gunakan prinsip win-win situation untuk berjaya. Sama-sama menang dan hati pun senang lebih tenang. Betol tak?

No comments:

Post a Comment

Translate