Translate

Showing posts with label Kerja-kerja Penyiasatan Tanah. Show all posts
Showing posts with label Kerja-kerja Penyiasatan Tanah. Show all posts

Thursday, May 11, 2023

KERJA UKUR TANAH, SEMPADAN ATAU LOT TANAH, DAN PECAH LOT

TUJUAN KERJA UKUR



Tujuan utama kerja ukur adalah untuk mendapatkan data daripada muka bumi bagi:

  i.        Menghasilkan pelan, keratan rentas dan keratan membujur kawasan projek yang akan di bina.

 ii.        Menentukan sempadan dan keluasan tapak kawasan yang akan diukur bagi tujuan menentukan 
hak milik tapak dan kelulusan memasuki tapak.

  iii.        Menentukan isipadu kerja tanah yang terlibat dalam pembinaan.

   iv.        Memastikan projek yang akan di bina berada di kedudukan yang betul.

  v.        Mendapatkan profil tanah kawasan berkenaan dan seterusnya menentukan pemotongan atau
penambakan yang perlu di lakukan.

 vi.        Menentukan aras tapak, aras lantai serta kedudukan pembinaan seperti kecerunan saliran dan 
sebagainya.

   vii.        Merekodkan kedudukan akhir binaan termasuk sebarang pembinaan

KERJA PENYIASATAN TANAH/SOIL INVESTIGATION (SI)

 Kerja-kerja Penyiasatan Tanah/ soil investigation  (SI)


OBJEKTIF PENYIASATAN TAPAK
¨Untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan keadaan tanah di berbagai lokasi dan kedalaman di kawasan tapak cadangan pembinaan. ¨Mengenalpasti atau mendapatkan lokasi, susunan, ketebalan dan kekuatan setiap strata tanah termasuk jenis-jenis tanah, ketegasan struktur dan stratifikasinya.

Dalam BS 5930 telah menyenaraikan tujuan penyiasatan tapak , di antaranya adalah seperti berikut:

i.Untuk mengenal pasti sama ada tapak itu sesuai bagi kerja-kerja yang di cadangkan

ii.Untuk membolehkan satu rekabentuk yang selamat dan ekonomi

iii.Untuk meramal dan mengambil langkah yang sesuai bagi mengatasi sebarang kerumitan yang mungkin timbul semasa pembinaan yang disebabkan oleh keadaantanah dan keadaan tempatan yang lain.

iv.Untuk menyiasat kejadian atau sebab berlakunya perubahan keadaan sama ada secarasemulajadi atau disebabkan oleh perkara lain



1. Borehole (BH)  




2. Mackintosh Probe




Translate