Translate

Showing posts with label Submissin Majlis. Show all posts
Showing posts with label Submissin Majlis. Show all posts

Saturday, February 16, 2019

Kos Perkhidmatan Pihak Majlis Untuk Kelulusan Ubahsuai Rumah

NOTE: *** Rujuk Majlis 

Berapakah bayaran yang dikenakan oleh pihak majlis untuk proses kelulusan pelan ubahsuai rumah?
Setiap majlis daerah atau pihak berkuasa tempatan agak berbeza kos bayaran memproses pelan ubahsuai rumah. Di sini saya akan bincangkan kos perkhidmatan memproses kelulusan pelan ubahsuai rumah di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Setelah anda melantik akitek/perunding dan pelan telah siap untuk dikemukakan ke pihak majlis, anda perlu sediakan sejumlah wang untuk membayar khidmat memproses pelan oleh MBSA dan deposit perkhidmatan tong sampah sisa binaan (tong roro) oleh Alam Flora. Wang anda akan digunakan untuk membayar;

a. Bil proses pelan ubahsuai rumah (bergantung pada keluasan tambahan rumah)
Anggaran bil ini adalah antara RM150 hingga RM300. Jumlah bil ini adalah tertakluk kepada keluasan tambahan/ubahsuai rumah. Pelan yang dikemukakan akan disemak keluasannya dan bil akan dikeluarkan setelah pengesahan ke atas pelan dilakukan oleh pegawai/juruteknik bertugas. Biasanya akitek/perunding anda akan membuat temujanji awal bersama pegawai 'in-charge' kawasan/seksyen perumahan anda untuk semakan draf plan dan membuat kiraan bil. Ini memudahkan anda menyediakan wang untuk pembayaran bil proses pelan.

b. Bil permit letak bahan binaan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM324 serta tidak boleh dituntut semula.

c. Bil deposit pelan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM500. Ia adalah sebagai cagaran kepada pelan rumah anda untuk memastikan kerja-kerja ubahsuai mengikut kelulusan dan garispanduan yang ditetapkan. Anda boleh menuntut semula cagaran pelan ini setelah rumah anda siap dibina.

d. Bil deposit permit bahan binaan (harga tetap)
Bil ini adalah tetap dan jumlahnya ialah RM200. Ia adalah sebagai cagaran kepada kerja-kerja ubahsuai dan tempat letak bahan binaan yang dibenarkan oleh pihak majlis berhampiran rumah anda. Anda boleh menuntut semula cagaran permit bahan binaan ini setelah rumah anda siap dibina dan sisa bahan binaan dibersihkan.

Bayaran Deposit Tong RORO Alamflora
Alamflora telah dilantik oleh MBSA sebagai kontraktor pembekal tong roro, jadi anda perlu menyediakan deposit sebanyak RM1000 untuk perkhidmatan/sewaan tong roro. Alamflora akan memotong sebanyak RM270 untuk sekali penggunaan/sewa tong roro termasuk kos hantar dan ambil sisa bahan binaan.
Jika anda menggunakan 2 kali perkhidmatan tong roro, maka kosnya adalah RM540 dan baki RM460 boleh dituntut semula setelah rumah siap dibina dan dibersihkan dari sisa bahan binaan.

Bagaimana untuk membuat tuntutan semula deposit pelan MBSA dan Alamflora?

Tuntutan deposit pelan dan permit MBSA (Jumlah RM700)
- Ambil borang 'claim deposit' di kaunter 1, Jabatan Bangunan MBSA, tingkat 8
- isi dan sediakan semua salinan dokumen seperti yang diminta dalam borang tersebut
- hantar semua dokumen yang diminta bersama borang ke kaunter yang sama
- pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda. Ini untuk memudahkan anda 'follow-up' proses tuntutan cagaran tersebut.
- jika tiada masalah, dalam tempoh 1 hingga 2 bulan, anda akan terima surat dari MBSA untuk mengambil cek wang cagaran anda. Suka dimaklumkan bahawa MBSA akan membuat lawatan ke rumah anda untuk membuat pemeriksaan tapak sebagai prosedur meluluskan tuntutan cagaran anda.

Tuntutan baki deposit dari Alamflora.
- isi borang tuntutan baki yang telah diberi semasa bayaran awal
- bawa resit bayaran dan borang ke pejabat Alamflora di seksyen 7, Shah Alam, alamatnya ada di resit anda
- kemukakan semua dokumen/borang/resit berkaitan di kaunter
- pastikan anda membuat salinan borang dan minta petugas kaunter mengecop serta mengesahkan penerimaan dokumen/borang anda untuk membuat 'follow-up' proses tuntutan baki cagaran tersebut.

Bolehkah Ubahsuai Rumah Sebelum Dapat Kelulusan?


Tidak boleh! Walaupun anda nak buat kenduri kahwin bulan depan! Kenapa?

Kerana akan berlaku masalah yang pasti akan menyusahkan anda seperti;

a. Dari segi undang2, anda akan disaman & didenda berkali ganda oleh MBSA; 10 atau 20 kali ganda bergantung kepada keluasan tambahan rumah

b. Dari sudut hubungan anda dengan jiran, sudah tentu anda akan menjadi buah mulut & tidak disenangi oleh jiran kerana melanggar undang2 ubahsuai & mungkin berlaku perselisihan dengan jiran. Sanggupkah anda hidup dibenci oleh masyarakat?

Jalan yang terbaik ialah, sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum anda mengubahsuai rumah, cari & lantik akitek atau perunding yang akan menguruskan segala2nya bagi pihak anda sehingga mendapat kelulusan pelan. Anda hanya sediakan duit dan relax sahaja!

Berapa lama nak tunggu pelan lulus? 

1 hari sahaja! Ya, untuk ubahsuai rumah kediaman, pihak MBSA memberi tempoh 1 hari kelulusan; dengan syarat semua dokumen yang diminta adalah lengkap dan pelan yang dikemukakan tepat & selaras dengan garispanduan ubahsuai yang dibenarkan MBSA. Pelan yang dikemukakan pada awal pagi akan melalui proses semakan/pengesahan & diluluskan disebelah petang atau esok hari.

Apa perlu dibuat untuk dapatkan kelulusan pelan 1 hari? 

Saya beri contoh seperti dibawah;-

a. Akitek/perunding yang anda lantik menyediakan rekabentuk pelan kasar untuk semakan anda (anggaran tempoh 7 hari penyediaan pelan rekabentuk)

b. Pelan sebenar disediakan setelah rekabentuk dipersetujui & disahkan oleh anda
(anggaran tempoh 14 hari penyediaan pelan sebenar bersaiz A1)

c. Anda tandatangani pelan & serahkan dokumen & cek bayaran untuk MBSA kepada akitek/perunding

d. Akitek/perunding kemukakan pelan/dokumen ke Jabatan Bangunan MBSA awal pagi Isnin, 9.00am

e. MBSA memproses pelan/dokumen dan mengeluarkan bil untuk khidmat proses pelan/deposit

f. Semua bil dibayar dan salinan resit dikemukakan kembali ke Jabatan Bangunan. 

g. Antara jam 4 hingga 5 petang Isnin, pelan lulus dikeluarkan MBSA & diambil oleh akitek/perunding untuk diserahkan kepada anda

Apa Perlu Dibuat Sebelum Ubahsuai Rumah?

Di sini di berikan beberapa tips ringkas perkara yang perlu anda lakukan sebelum membuat ubahsuai rumah anda.

a. Hubungi pihak majlis daerah kawasan anda dan buat temujanji dengan Juruteknik atau Pegawai yang bertugas menjaga kawasan atau seksyen. Anda boleh lihat direktori telefon dan menelefon pihak majlis untuk buat temujanji. Atau layari lamanweb majlis.

b. Sebelum anda ke Majlis, bawa dokumen untuk rujukan seperti salinan perjanjian jualbeli rumah/CF/cukai pintu/gambar rumah.

c. Catitkan senarai soalan yang anda ingin tanya di atas kertas

d. Jumpa pegawai yang telah menerima temujanji anda dan berbincang lebih lanjut.

e. Tanyakan dengan lanjut apa yang dibenarkan & yang tidak dibenarkan.

f. Mencari & melantik kontraktor binaan yang berpengalaman & bertanggungjawab.

g. Melantik akitek atau perunding yang berpengalaman untuk membuat pelan ubahsuai rumah anda dan mengemukakannya ke MBSA sehingga mendapat kelulusan.

Sebenarnya banyak lagi persoalan yang akan timbul setelah anda berjumpa dengan pihak majlis.

Friday, February 15, 2019

Submission Majlis (PBT) | Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan

JENIS PELAN UNTUK DI SUBMIT KE MAJLIS (PBT) 




Pelan Arkitek : Pelan Bangunan 

CADANGAN MEMBINA SEBUAH BANGLO/RUMAH 1 TINGKAT/ 2 TINGKAT/TAMBAHAN/UBAHSUAI 

1 ~ Pelan Pembangunan (jika Perlu) 
2 ~ Pelan Arkitek 
3 ~ Pelan Jurutera 

Pelan Arkitek 
-merupakan pelan yang pertama harus disediakan terlebih dahulu untuk mendirikan rumah. Pelan ini menunjukkan pandangan luaran dan dalaman rumah. Sebuah pelan Arkitek yang lengkap dan bersedia untuk submission adalah mengandungi perkara berikut, melainkan jika tidak berkenaan, iaitu:

 A. Pelan Tapak 
-Pelan ini menunjukkan pelan lot tanah tempat rumah yang hendak dibina, ianya juga menunjukkan lot-lot lain yang berada di sekeliling lot tersebut. Pelan tapak ini juga perlu dimasukkan pelan rumah ke dalam lot tanah. Pelan tapak ini mesti ditunjukkan tapak rumah(pelan lantai bawah), system sanitary iaitu manhole, piping, septic tank, parit, limit jarak antara rumah dan lot serta lain-lain yang diminta oleh pihak majlis. 

B. Pelan Lokasi 
-Pelan ini menunjukkan kawasan/seksyen lot tanah tersebut, juga ditunjukkan pelan dari jalan utama ke lot tanah, nama bangunan seperti sekolah, hospital yang berdekatan juga perlu ditunjukkan. 

C. Pelan Kunci 
-Pelan yang menunjukkan daerah/negeri/mukim kawasan lot. 

D. Pelan lantai Bawah (ground floor key plan) 
-Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik 

E. Pelan lantai Atas (1st floor key plan) 
-Pelan yang menunjukkan perkara yang mengikut kemahuan pemilik. 

F. Pelan Bumbung (roof plan) 
-Menunjukkan jenis bumbung dan kecuranannya juga perlu ditunjukkan wire mesh iaitu paip udara bagi sanitary. 

G. Pelan Pandangan (elevation plan) 
-Ia menunjukkan pandangan rumah dari luar. 

H. Pelan Keratan (cross section) Pelan ini menunjukkan pandangan keratan rentas rumah

I. Pelan Sistem Bekalan Air dan Sanitari 
-Menunjukkan saiz dan jenis paip, tangki air, tangki najis, sink, basin, floor trap serta yang berkaitan dengan paiping installation sanitary and plumbing 

J. Jadual Pintu dan Tingkap 
-Jadual yang menunjukkan saiz dan jenis pintu dan tingkap 

K. Pelan Pagar
- Pelan ini mengandungi pelan pagar dan perincian untuk tempat meter air, tong sampah dan meter elektrik. 

L. Jadual Pencahayaan dan Pengudaraan 
-Jadual menunjukkan pengiraan ruang cahaya dan udara. 


Pelan Jurutera : Rekabentuk 

Pelan Jurutera : Rekabentuk 
Penyediaan pelan oleh pihak jurutera bagi pembinaan rumah terdiri daripada pelan r.c, pelan sanitari, pelan plumbing, pelan kerja tanah(jika perlu). Semua pelan ini akan direkabentuk setelah menerima pelan dari arkitek. Setiap jenis pelan tersebut akan di hantar ke jabatan yang berbeza iaitu pelan r.c disertakan pelan arkitek perlu di submit ke Majlis. Pelan sanitari ke JPP dan pelan plumbing ke JBA 

Pelan R.C 
Pelan r.c menunjukkan rekabentuk struktur(kerangka besi) sesuatu bangunan. Setiap saiz besi, saiz tiang, saiz beam akan ditunjukan dengan jelas dan perlu diikuti oleh kontraktor semasa dalam pembinaan nanti. Pihak jurutera akan melakukan pengawasan terhadap kontraktor supaya struktur rumah dibina mengikut pelan yang disediakan. Pembinaan rumah yang tidak mengikut rekabentuk yang betul akan mengalami keretakan dan runtuh. 

Pelan Plumbing 
Pelan plumbing merujuk kepada system paip bekalan air rumah. Ianya menunjukkan saiz paip, saiz tangki air serta punca paip sedia ada yang akan disalurkan ke rumah. Pelan ini akan di submit kepada JBA untuk kelulusan. 

Pelan Sanitari 
Pelan yang menunjukkan system pembentungan rumah, terdapat beberapa siri submission untuk pelan ini. Jika dilihat pelan jenis ini adalah lebih kurang sama dengan pelan plumbing kerana ianya menunjukkan saiz-saiz paip yang akan digunakan. Jenis septic tank yang disediakan adalah mengikut jumlah penghuni dan akan ditentukan oleh jurutera. JPP adalah pihak yang bertanggungjawab dalam kelulusan pelan jenis ini dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. 

Pelan Kerja Tanah (Earthwork) 
-Pelan ini disediakan jika keadaan tapak perlu ditimbun atau dikorek (cut n fill) 

Translate