Translate

Showing posts with label slab. Show all posts
Showing posts with label slab. Show all posts

Thursday, May 11, 2017

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-5

Kepuk-kepuk beam dibina menyusuri setiap dinding. Manakala papan plywood dipasang bagi melapik curahan simen untuk membina lantai atas.




 Tongkat-tongkat kayu dipacak bagi menyokong lantai atas dan beam.


Kerja-kerja kasar ini memakan masa yang panjang kerana setiap beam perlu dimasukkan besi yang diikat terlebih dahulu. Satu pasukan membina kepuk-kepuk beam manakala satu lagi pasukan membina besi konkrit.

Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-7

Di minggu ke-7 kerja-kerja memasang besi bagi lantai slab masih diteruskan.  

Setiap penghujung besi dicangkukkan ke dinding bangunan asal bagi menjamin kekuatan.


Kerja-kerja mencangkuk dan mengikat besi sepertimana gambar di atas. 

Dapat dilihat dengan jelas dalam gambar di atas jaringan petak-petak kecil yang dibentuk dari rangkaian besi yang dihamparkan secara bersilang lalu diikat.  
Bahagian dinding bangunan utama diketuk sehingga menampakkan besi tetulang bagi tujuan mencangkuk besi yang baru.

Seterusnya, lori siput dipanggil untuk memuntahkan simen ke seluruh papan lantai slab dan beam.




Membina Beam Dan Lantai Tingkat Atas | Minggu Ke-6

Kerja-kerja membina lantai slab diteruskan pada minggu ini. Satu jaringan besi dipasang dan diikat antara satu sama lain.


Perhatikan juga didalam gambar, dipasang corong saluran mangkuk tandas, paip saluran air mandian dan air sinki. Anda perlulah memberitahu tukang di mana corong-corong ini perlu diletakkan mengikut cita-rasa anda.
Bila simen dilepakan pada papan lantai slab dan telah mengering, corong ini akan membentuk satu lubang bulat. Kaedah ini lebih baik untuk memastikan tiada kebocoran lantai. 



Terdapat 6 orang pekerja yang begitu sibuk melakukan kerja pada peringkat ini.

Membina Tapak Lantai Tingkat Bawah - Minggu Ke-2

Setelah laluan paip najis dan paip air dapur, sinki basuh tangan disiapkan, lalu kerja-kerja meratakan tanah dilakukan. 


Banyak juga tanah yang dibuang kerana lubang footing yang digali agak besar. Tanah dibahagian tepi grid beam dimampatkan. Tukang akan memastikan laluan paip sepertimana yang dikehendaki oleh tuanrumah. Adakalanya apa yang tercatat di pelan rumah adalah berdasarkan pada idea 3-4 bulan yang lepas, bila pelan dah lulus, datang pulak idea baru. Jadi, pindalah apa yang patut asalkan jangan pinda pelan asas rumah udahlerrr...

Translate