Translate

Tuesday, July 3, 2018

Nak berjaya tak perlu berebut


Hari ini hari untuk motivasikan diri. Uh, tak sepatutnya hari ni je. Kena hari-hari motivasikan diri untuk jadikan diri lebih unggul bukan tunggul.

Tetiba teringat pada ulangan bual bicara mata ke hati prof Muhammad. 

Betol la kata Prof. tu. Tak perlu nak bersaing siapa lagi hebat and berebut untuk mendapatkan sesuatu kejayaan tu. Sikap tu akan buatkan diri dipenuhi perasaan hasad dengki. Mulalah segala macam kritikan berbaur fitnah dihamburkan pada orang lain. Tak baik tau. Buat apa nak risau. Allah tu kan Maha Pemurah. Kita akan dapat apa yang kita mahu selagi kita nyakin. Lebih baik kita berkongsi menikmati kejayaan tu sebagaimana kita berkongsi bernafas di ruangan oksigen yang sama, berkongsi merasa sinaran matahari yang sama, dan berkongsi tinggal di bumi yang sama. Erti kata lain yang mudah, gunakan prinsip win-win situation untuk berjaya. Sama-sama menang dan hati pun senang lebih tenang. Betol tak?

Tuesday, June 26, 2018

Penyediaan Lukisan Struktur

Menyediakan Perkhidmatan melukis struktur bangunan kepada sesiapa memerlukan. Harga mengikut keluasan projek.

Sebarang pertanyaaan boleh hubungi atau kemukakan kepada saya.

Zaki
0172842982

Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) | Halaman 3 dari 3

  • Seksyen
: 46
Peruntukan
:
  1. membina, menegakkan, mendirikan atau menyelenggara atau membenarkan dibina sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda atau lain-lain halangan di tempat awam.
  2. Menutup atau menghalang sesuatu parit terbuka, betung atau akuadak di sisi mana-mana jalan tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan.
  3. Meletakkan atau menyebabkan diletak apa-apa barang atau bungkusan atau barangan tred di mana-mana tempat awam melebihi tempoh masa yang perlu untuk tujuan pemunggahan.
  4. Meletakkan atau menyebab diletakkan apa-apa barang atau benda yang digunakan untuk atau berhubung dengan perniagaannya di mana-mana tempat awam.
  5. Menyebab atau meletakkan kayu, besi, kereta buruk atau apa-apa bahagiannya, bahan-bahan buangan atau lain-lain benda di mana-mana tempat awam.
  6. Meletakkan atau menyebabkan diletak sampah kebun, sampah dapur atau sampah tred atau benda lain di tempat awam
  7. Menyebabkan atau membenarkan mana-mana kereta berhenti di mana-mana siar kaki.
  • Seksyen
: 47(2)
Peruntukan
:
  1. Meletakkan, menjatuhkan, meninggalkan, menempatkan di atas mana-mana tempat awam apa-apa batu, simen, tanah, pasir, kayu atau lain-lain bahan, barang atau benda bangunan.
  2. Tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang sepatutnya
    untuk mencegah bahaya kepada nyawa atau kesihatan orang yang menggunakan sesuatu tempat atau jalan awam ketika menjalankan kerja-kerja membina, mengubah atau meruntuh sesuatu bangunan.
Denda
: Denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan mengenai sabitan kali kedua atau kali kemudian didenda 2 ribu ringgit.
  • Seksyen
: 56
Peruntukan
: Tiada satu paip air yang digunakan untuk mengalirkan air hujan dari mana-mana bumbung boleh digunakan bagi maksud mengalirkan kotoran atau saliran daripada mana-mana tandas atau jamban pam untuk mengalirkan air kotor
Denda
: Denda tidak melebihi lima ratus ringgit dan boleh didenda tambahan tidak lebih satu ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan diteruskan selepas sabitan.
  • Seksyen
: 70(1)
Peruntukan
: Mendirikan bangunan tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak berkuasa tempatan.
 
  • Seksyen
: 70(11)
Peruntukan
: Membuat perubahan kepada mana-mana bangunan dengan apa-apa cara yang lain daripada yang diperuntukkan di dalam undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada majlis.
Denda
: Denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan Mahkamah Majistret hendaklah atas permohonan pihak berkuasa tempatan mengeluarkan perintah mandatori untuk mengubah bangunan itu dengan apa cara pun atau meruntuhkannya.
  • Seksyen
: 70(12)
Peruntukan
: Menggunakan sesuatu bangunan atau bahagian sesuatu bangunan lain daripada maksud yang baginya ia telah dibina pada asalnya tanpa mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihsk berkuasa tempatan.
Denda
: Denda tidak melebihi satu ribu ringgit dan boleh didenda tambahan tidak lebih satu ratus ringgit bagi tiap-tiap hari keselahan itudimasukkan.
  •  
Seksyen
: 70(13)
Peruntukan
: Mana-mana orang yang :
  1. Memulakan atau memulakan semula pendirian sesuatu bangunan dengan melanggar subseksyen(9).
  2. Memulakan pendirian sesuatu bangunan dengan melanggar suseksyen (9A)
  3. melencong daripada pelan yang diluluskan pihak berkuasa tempatan
  4. mendirikan bangunan bersalahan dengan Akta ini dan undang-undang kecil.
  5. Tidak mematuhi suatu perintah atau arahan bertulis yang sah di sisi undang-undang daripada pihak berkuasa tempatan
Denda
: Denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan boleh didenda tambahan sebanyak dua ratus lima puluh ringgit bagi tiap-tiap hari keselahan itu dilakukan selepas sabitan.




Klick Link ini untuk Sambungan,

Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) | Halaman 1 dari 3
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) | Halaman 2 dari 3
Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) | Halaman 3 dari 3

Translate