Translate

Wednesday, May 10, 2017

Membina Laluan Paip | Minggu Ke-2

Haa... yang ini memang seronok sikit nak cerita. Pasal apa, kita eloklah ada di tapak projek sebab kita patut tahu dimana laluan paip tersebut. Bukan apa, nanti 7-8 tahun kemudian kalau ada masalah tersumbat, kita tahu dimana kedudukan laluan paip, jadi mudahlah urusan kerja mengetuk lantai. 


Dalam kes rumah ni, manhole dikekalkan ditapak asal. Bercakap pasal manhole ni, sebenarnya pihak berkuasa tempatan tidak kisah pun jika manhole berada didalam rumah. Ramai yang main serkap jarang aje, kata kena letak di kawasan terbukalah, itu semua tidak benar!


Elakkan dari penggunaan paip yang disambung berbentuk "T" kerana jika tersumbat, susah rotan penjolok melaluinya. Cuba dapatkan laluan lurus.


Pastikan corong kepala paip yang mengalirkan najis tepat ke longkang didalam manhole. Kalau tak nanti habis berselepet najis kat situ. Kalau berselepet (selepet itu kesan percikan) pun memang tak mengeluarkan bau sebab manhole mempunyai penutup tetapi jika sekali-sekala anda buka akan nampak memualkan la. Ini tahik siapa? Aku bukan, kau la. Elakkan dari konflik sebegini.

Sementara kerja-kerja pemasangan paip dijalankan, sebahagian pekerja menyiapkan keseluruhan grid beam. Kerja memasang paip ini agak rumit sehingga mengambil masa 3 hari. Kedudukan mesti betol, kalau tak lepas lantai simen dicurah, dah tak boleh dipinda lagi. Pinda boleh tapi ongkosnya ditambah ya.

No comments:

Post a Comment

Translate